Anwar arah Gabenor Bank Negara jawab isu prestasi Ringgit
Anwar arah Gabenor Bank Negara jawab isu prestasi Ringgit
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
“(Mengenai) ringgit, gabenor (Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour) ada di sini,” katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media di sini.
Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini.
Pada 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.
Ringgit hanya berada dua peratus lagi untuk mencecah RM4.8850 setiap dolar AS, paras kali terakhir dilihat pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau.
Mata wang tempatan telah jatuh hampir empat peratus tahun ini.
Ketua Penyelidikan Asia di Australia dan New Zealand Banking Group (ANZ), Khoon Goh, berkata berdasarkan data semasa terdapat risiko ringgit akan mencapai paras terendah baharu sepanjang masa.
“Eksport tidak pulih tidak seperti di ekonomi Asia lain dan pertumbuhan ekonomi mungkin kekal hambar,” katanya kepada Bloomberg.
Memetik laporan Bloomberg Intelligence, ekonomi China yang meruncing menjejaskan eksport Malaysia yang telah merosot untuk bulan ke-10 berturut-turut pada Disember.
Walaupun Malaysia masih mencatatkan lebihan akaun semasa, nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah jatuh kepada paras hampir terendah dalam tempoh 20 tahun, mengehadkan sokongan untuk mata wang. BH
Anwar arah Gabenor Bank Negara jawab isu prestasi Ringgit
Baca Artikel Menarik:
- Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?
- Aniq Suhair ‘diselamatkan’ Ustaz Iqbal
- Arish Mikael klon Sudirman
- Perenang Israel kena ‘boo’
- Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana
- Suhaili sekolahkan Razali
- Berdamailah Ali Puteh, Hidayah
- Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4
- Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan
- Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin
- Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
- Wanita ditarik rambut dan kepala dibenam di dalam kolam oleh teman lelaki
- ‘Hairan bagaimana nama saya tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI’
- Lelaki ‘melekat’ pada cermin kereta bekas isteri (Video)
- Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam