Abang polis bantu sambut bayi baru lahir (Video)

Abang polis bantu sambut bayi baru lahir (Video)

Wanita warga Thailand yang sedang sarat mengandung menempuh detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam.

Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya dilahirkan dengan selamat dengan bantuan anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.



Dalam situasi cemas itu, pegawai dan anggota peronda Lebuhraya (EMPV) terpaksa menjadi ‘bidan’ bagi menyambut kelahiran bayi pasangan terbabit sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Tindakan pantas anggota dan pegawai terbabit menyambut kelahiran bayi itu di tepi lebuh raya bakal jadi kenangan manis buat pasangan itu.

PDRM menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pasangan warga asing berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum melihat kenderaan peronda polis (MPV) berkenaan dan menahannya bagi meminta bantuan.

Katanya, insiden itu berlaku semasa Inspektor Mat Fauzi, bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli sedang melakukan tugas rondaan di Lebuhraya PLUS semalam.



“MPV berkenaan ditahan serta dimaklumkan mengenai kecemasan tersebut sebelum bersetuju untuk mengiringi kenderaan dinaiki mereka ke hospital berhampiran.

“Walau bagaimanapun dalam situasi cemas tadi, wanita terbabit selamat melahirkan bayinya di tepi lebuh raya sebelum dibantu ambulans yang tiba kemudian,” katanya. BH

Abang polis bantu sambut bayi baru lahir (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker