Raja Charles III disahkan hidap kanser selepas 18 bulan naiki takhta

Raja Charles III disahkan hidap kanser selepas 18 bulan naiki takhta

Selepas lebih tujuh dekad menanti untuk ditabalkan sebagai ketua negara, Raja Charles III kini disahkan menghidap kanser, 18 bulan selepas menaiki takhta.

Istana Buckingham semalam mengumumkan Charles, 75, akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan tetapi berharap untuk kembali menjalankan tugas awam sepenuhnya secepat mungkin.



Charles ditabalkan sebagai raja pada 6 Mei 2023 susulan kemangkatan Ratu Elizabeth, pada 8 September 2022, selepas menjadi pewaris paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain.

Beberapa pengulas sebelum ini, menjelaskan baginda yang tidak malu untuk menyuarakan pandangan tegas mengenai pelbagai isu sebagai pewaris, akan membawa perubahan radikal dan merombak gaya tegar dan berdedikasi mendiang ibunya.

Sebaliknya, baginda menyesuaikan diri dengan peranan baharu dengan rutin sibuk secara tenang, menjadikan pengumuman masalah kesihatannya semakin mengejutkan.

Menerusi titah sulungnya sebagai raja, Charles berkata, baginda dibesarkan untuk menghargai tanggungjawab kepada orang lain, sejarah dan sistem pemerintahan berparlimen serta menghormati tradisi dan kebebasan.



Penyokong dan pengkritik sentiasa mengakui usaha keras dan dedikasi Charles kepada tugasnya, manakala pengulas diraja menyatakan ia mungkin akan berubah ketika proses pemulihannya.

Putera William dalam dokumentari sempena sambutan ulang tahun Charles ke-70, berkata ayahanda tidak pernah berhenti dan banyak kerja diberikan kepada baginda sejak mereka kecil, selain mereka jarang berjumpa.

Biarpun maklumat mengenai kesihatan diraja dianggap sebagai perkara peribadi, baginda sentiasa kelihatan sihat, selain mengikuti rutin senaman harian untuk kekal cergas dan mengelak makan tengah hari.

Tiada petanda beliau sudah menerima berita mengenai diagnosis kansernya apabila beliau muncul di hadapan orang ramai untuk menghadiri ibadah di gereja bersama isterinya, Ratu Camilla, Ahad lalu.



Ketua Editor Majesty Magazine, Ingrid Seward, berkata sebagai raja, baginda perlu membuat penampilan umum dan sudah melakukannya sepanjang hayatnya.

Tinjauan pendapat mendapati, lebih ramai mempunyai pandangan positif terhadap baginda, walaupun Charles tidak popular seperti mendiang ibunya.

Pengurus hotel di London, Andy Bloomer, 38, mengakui dia adalah peminat Charles, selain berpandangan baginda sudah melakukan tugas dengan baik.

Mengulas tahap kesihatan Charles, dia mengakui terkejut selain yakin baginda tahu sejauh mana penyakit itu akan menghubungkannya dengan orang lain dan keluarga yang mengalami perkara serupa.



Putera Harry dan serangan terhadap keluarganya serta monarki dalam memoirnya dan dokumentari Netflix bersama isterinya, Meghan, membayangi pemerintahan Charles.

Selepas berpindah ke California pada 2020, Harry dan Meghan kini pulang menziarahi bapanya sejurus maklum mengenai tahap kesihatan baginda, sekali gus menjadi tanda mungkin ada pemulihan hubungan baik.

Ketika ketua negara di seluruh dunia menghantar mesej mendoakan kesejahteraan baginda, sebahagian rakyat Britain menyatakan mereka terkesan dengan berita terbabit. BH

Raja Charles III disahkan hidap kanser selepas 18 bulan naiki takhta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker