Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang membabitkan dana RM200 juta dikaitkan dengan program Jana Wibawa memohon pasportnya dikembalikan buat sementara waktu.
Kali ini, presiden Bersatu itu mahu ke Bangkok untuk menghadiri majlis perasmian Phrigkiao, restoran dikendalikan seorang rakyat Malaysia di sana.
“Individu ini rapat dengan saya dan membuka sebuah premis makanan halal di sana. Dia mahu saya hadiri majlis itu,” kata Muhyiddin dalam afidavitnya bagi menyokong permohonan itu.
Permohonan itu difailkan Tetuan Chetan Jethwani & Company pada 31 Jan lalu.
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata beliau berhasrat ke Bangkok pada 15 Feb ini dan pulang pada 21 Feb nanti.
Katanya beliau akan memulangkan pasportnya kepada mahkamah pada 23 Feb nanti. Selain ke restoran itu, Muhyiddin berkata lawatannya juga termasuk menemui rakan di Bangkok dan kawasan lain di Thailand.
“Sejak didakwa, saya tidak dapat jumpa mereka.”
Tetapi, pihak pendakwaan membantah permohonan itu.
Dalam afidavit membantah permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya Xander Lim berkata alasan diberikan Muhyiddin tidak boleh disokong.
“Beliau tiada hak atau keistimewaan mendapatkan pasport itu, yang ditahan mahkamah kerana masih berdepan pertuduhan pengubahan wang.”
Lim berkata terdapat prosiding mahkamah pada 15 Feb ini yang wajib dihadiri Muhyiddin.
“Beliau tahu perkara ini, tetapi masih menempah tiket penerbangan ke Bangkok.”
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dijadualkan mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk menangguh semua prosiding berhubung pertuduhan pengubahan wang sementara menunggu rayuan berkaitan pada tarikh itu.
Hakim kini menetapkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasportnya bagi pendengaran pada hari sama.
Pada 29 Nov lalu, Azura membenarkan Muhyiddin mendapatkan pasportnya buat sementara bagi membolehkannya bercuti bersama keluarga di London dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Singapura.
Pasport Muhyiddin diserahkan kepada mahkamah selepas beliau didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang tahun lalu. Beliau membayar jaminan RM2 juta.
Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya atas alasan ia kabur, cacat dan tidak berasas kerana tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.
Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang akan mendengarnya pada 28 dan 29 Feb ini. FMT
Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.