Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang supaya membongkar sebarang salah laku dalam kalangan pimpinan Kerajaan Perpaduan khususnya membabitkan kesalahan rasuah.
Perdana Menteri turut memberi jaminan beliau tidak akan melindungi atau mempertahankan pemimpin berkenaan jika benar didapati melakukan kesalahan terbabit.
“(Mereka cakap) tidak ada tindakan terhadap menteri dan disebabkan itu tak adil kerana (hanya) ambil tindakan terhadap pembangkang.
“Kalau ada bongkar, saya tidak akan pertahankan tetapi jangan guna itu untuk lindungi perasuah, perasuah terbesar dalam sejarah negara.
“Kalau ada silakan, Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ada di sini, menteri ada di sini, kita semua bersepakat kalau ada antara rakan dalam Jemaah Menteri, ada kes kontrak atau apa, arahan kita adalah tidak akan pertahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Anwar berkata, isu ketirisan di Malaysia masih belum dihapuskan sepenuhnya dan ia amat merugikan rakyat dan negara.
Katanya, ketirisan itu menyebabkan negara kehilangan hasil antaranya seperti minyak mentah dan diesel kerana wujud kelompok kecil yang meneruskan jenayah terbabit.
“Kalau kita boleh selamatkan RM10 bilion atau RM20 bilion, saudara bayangkan berapa banyak universiti, berapa sekolah, berapa hospital, berapa elaun untuk penjawat awam kita boleh tingkatkan.
“Ini bukan untuk perbaiki rumah Perdana Menteri atau elaun dia, apa yang kita dapat daripada pulangan itu, kembalikan kepada rakyat, noktahkan kemiskinan, beri pendidikan bermutu,” katanya.
Beliau berkata, wang yang diselamatkan daripada aktiviti rasuah dan ketirisan amat bermakna kerana boleh disalurkan demi kepentingan rakyat. HM
Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.