Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi ini berikutan permintaan yang lebih lemah, seiring dengan penyusutan harga minyak global.

Pada 9.04 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2080 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata, harga minyak jatuh selepas tarif import baharu yang dikenakan oleh AS dan China berkuat kuasa pada Ahad.

“Ini menimbulkan ketidakpastian di pasaran kerana ia juga berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi global serta permintaan terhadap minyak mentah,” katanya.



Niaga hadapan minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, jatuh 59 sen kepada AS$58.66 setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate pula merosot 33 sen kepada AS$54.77 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0294/0341 daripada 3.0281/0319 dan susut berbanding yen kepada 3.9695/9753 daripada 3.9487/9545.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding euro kepada 4.6179/6238 daripada 4.6393/6465 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.0851/0920 daripada 5.1230/1308. – BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker