Rakyat menanti naungan baharu pemerintahan Sultan Ibrahim
Rakyat menanti naungan baharu pemerintahan Sultan Ibrahim
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober tahun lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan hari ini, selepas lima tahun memayungi kedaulatan Malaysia dan menjadi payung menaungi seluruh rakyat pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu akan berlangsung esok dan pelbagai persiapan sudah direncanakan bagi memastikan majlis istiadat berjalan lancar. Upacara esok antara satu lagi detik bersejarah bagi Malaysia yang mencapai usia kemerdekaan ke-67 pada tahun ini.
Ia menjadi penyambung kepada prinsip Raja Berperlembagaan diamalkan di negara ini yang antara lain berperanan sebagai tonggak kestabilan, keadilan, teras perpaduan dan penyatuan kepada rakyat, sesuai dengan pepatah Melayu – ‘Raja payung negara’.
Walau siapa pun dalam kalangan Sultan atau Raja dipilih dan dilantik, Yang di-Pertuan Agong adalah penimbang tara bebas kepada Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman demi mewujudkan semak dan imbang dalam pentadbiran negara berteraskan sistem demokrasi menerusi amalan pengasingan kuasa.
Peranan ini dapat dilihat sepanjang lima tahun Al-Sultan Abdullah memayungi negara dan rakyat sejak 31 Januari 2019. Baginda menaiki takhta ketika negara masih mengalami ‘ribut politik’ dan ketidakstabilan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
Al-Sultan Abdullah memayungi negara bersama ’empat Perdana Menteri’ dalam tempoh sepenggal adalah pengalaman unik dan luar biasa dalam catatan sejarah Malaysia, khasnya dalam konteks Raja Berperlembagaan, pentadbiran dan amalan demokrasi negara.
Tempoh pemerintahan baginda juga menyaksikan negara berada dalam perintah berkurung secara berfasa selama dua tahun menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COIVD-19 sejak 2020 hingga 2022. Ia disulami pula dengan krisis politik tidak berkesudahan.
Namun, di atas kebijaksanaan dan ketelitian baginda, krisis politik negara berjaya ditangani secara cermat serta berhemah, sekali gus menjamin kestabilan politik negara serta kesejahteraan hidup rakyat. Rakyat dan negara amat terhutang budi dengan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah.
Kini, lembaran baharu pemerintahan Istana Negara bakal bermula. Sultan Ibrahim bakal menjadi Ketua Negara di Malaysia baharu kepada rakyat dan bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Namun, pihak Eksekutif termasuk Perdana Menteri serta Kabinet juga perlu sedar kuasa mereka masih berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Apa yang utama, seluruh rakyat wajar memahami peringatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya semua pihak memahami, menghayati dan mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. BH
Rakyat menanti naungan baharu pemerintahan Sultan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari
- Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
- Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman
- Peminat kesal dengan ‘content’ baru Puteri Sarah
- Media Singapura dengki Malaysia seri dengan Korea Selatan
- Angka PN makin susut
- Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
- Puteri Balqis nombor satu
- Perang saudara di Amerika Syarikat?
- Bersatu kian parah berpecah
- Istana paling seram dunia mula terima pelancong
- Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah
- Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa
- Wallahi, tak betul – Peja
- Wan Saiful akui Bersatu kini hadapi ‘tentangan dalaman’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA
You must be logged in to post a comment.