Lantikan kontrak hanya sementara sebelum diserap tetap – Zahid

Lantikan kontrak hanya sementara sebelum diserap tetap – Zahid

Zahid Hamidi berkata pelantikan secara kontrak penjawat awam hanya untuk tempoh singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

“Terdapat kekeliruan daripada kenyataan jawatan atas pengambilan baharu adalah kontrak.



“Tidak bermaksud begitu. Kontrak untuk satu tempoh yang singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Beliau berkata, penjawat awam lantikan baharu yang tidak ada pencen akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana yang lazim dilakukan kepada kakitangan swasta dan mana-mana yang layak untuk diberikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Mereka juga akan layak begitu,” katanya.

Semalam, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.



Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka panjang, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi satu pekeliling.

Sementara itu, Zahid berkata pelaksanaannya dilakukan tahun ini dan tarikh untuk dimulakan akan diumumkan Wan Ahmad Dahlan.

Katanya, langkah itu juga bagi mengurangkan beban ditanggung kerajaan untuk pembayaran pencen.

“Jadi kerana saya sebutkan tadi pada 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika tidak ada sistem baharu ini berjumlah RM120 bilion.



“Tentunya ini akan memberikan bebanan jangka panjang kepada kepada kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid memaklumkan keputusan Jemaah Menteri setuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan hanya akan dilaksanakan selepas pelantikan Agong baharu.

“Jemaah Menteri telah berbincang dan meluluskannya. Tetapi saya dapat makluman ia hanya akan dilakukan (selepas) pelantikan dan angkat sumpah secara rasmi Agong baharu,” katanya. FMT

Lantikan kontrak hanya sementara sebelum diserap tetap – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker