‘Hero Rakyat’ terkorban selepas selamat 7 mangsa kebakaran

‘Hero Rakyat yang juga seorang lelaki maut akibat sesak nafas selepas terhidu asap berlebihan ketika membantu menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran termasuk kanak-kanak empat tahun di Merinding Garden, Labuan.

Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim, berkata lelaki itu bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa susulan kebakaran kediaman didiami mangsa disebabkan kereta diparkir di hadapan rumah terbakar, 4.17 pagi tadi.

Katanya, selepas membantu menyelamatkan semua mangsa, lelaki berusia 41 tahun difahamkan tidak bermaya lalu pengsan.



“Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan namun mangsa gagal diselamatkan.

“Mangsa dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans pada 6.10 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana disyaki mengalami sesak nafas dipercayai terhidu asap yang berlebihan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Nukleus Wilayah Persekutuan Labuan untuk pemeriksaan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker