Polis ambil keterangan Mahathir hari ini berkait ‘orang India tak setia

Polis ambil keterangan Mahathir hari ini berkait ‘orang India tak setia

Polis akan mengambil keterangan Dr Mahathir Mohamad hari ini dipercayai berkait dakwaannya, masyarakat India tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.

Menurut sumber, sesi merakam keterangan itu akan dibuat di Yayasan Kepimpinan Perdana 11 pagi ini.



“Kemungkinan Tun akan dirakam keterangan pagi ini di YKP oleh Bukit Aman, itu apa kita dimaklum,” katanya.

Sementara itu, peguam Rafique Rashid yang mewakili Mahathir mengesahkan perkara tersebut.

Baru-baru ini, dalam temubual dengan saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India, Mahathir berkata orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.

Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus berasimilasi sepenuhnya dan “menjadi Melayu”, Mahathir bersetuju.



Mahathir dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu. FMT

Polis ambil keterangan Mahathir hari ini berkait ‘orang India tak setia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker