Empat polis ditahan, digantung tugas kerana peras ugut peniaga air ketum

Empat polis ditahan, digantung tugas kerana peras ugut peniaga air ketum

Empat anggota polis ditahan dan kini berdepan tindakan tahanan kerja kerana disyaki terbabit memeras seorang peniaga kedai makan yang menjual air ketum dalam kejadian di Taman Desa Gombak di sini, pada November lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya didatangi empat lelaki tempatan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum melakukan pemeriksaan terhadap kediamannya.

Susulan pemeriksaan yang dijalankan, sejumlah 20 bungkusan minuman dipercayai air ketum ditemui di lokasi berkenaan.

Berikutan penemuan itu, anggota polis terbabit kemudian meminta mangsa berkenaan membayar RM10,000 sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan kerana menjual air ketum

Mereka mengugut membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sebelum mangsa berunding kerana hanya mampu membayar RM5,000 sahaja.

Rakan mangsa kemudiannya disuruh pergi mengeluarkan wang berkenaan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Selepas menerima wang berkenaan, anggota polis terbabit turut berbincang dengan mangsa untuk terus berniaga air ketum dengan jaminannya.

Sumber berkata, beberapa hari kemudian, suspek sekali lagi menghubungi mangsa meminta wang RM1,000 sebagai cagaran bulanan, sebelum meminta RM500 lagi selepas itu.

Tindakan itu membuatkan mangsa merasakan dirinya ditipu suspek sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 18 Januari lalu.

Susulan aduan yang diterima, empat anggota polis yang bertugas di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Selangor dikenal pasti sebelum ditahan pada 19 Januari lalu untuk siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek terdiri daripada anggota polis itu bagi membantu siasatan.

“Sudah ditangkap semua (empat suspek) dan reman telah tamat. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata tindakan tahan kerja terhadap empat anggota polis itu masih dalam proses.

“Siasatan dalaman akan dijalankan selari dengan dengan tangkapan yang dibuat. Empat anggota ini kini dalam proses untuk ditahan kerja,” katanya. BH

Empat polis ditahan, digantung tugas kerana peras ugut peniaga air ketum

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker