Anwar kena cukai RM500 untuk setong minyak zaitun
Anwar kena cukai RM500 untuk setong minyak zaitun
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak culas membayar cukai kepada kerajaan.
Berucap semasa sambutan majlis Hari Kastam Sedunia Ke-42 hari ini, Anwar berkata dia sendiri tidak terlepas daripada membayar cukai.
Kata Anwar, dia telah dikenakan cukai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebanyak RM500 untuk setong minyak zaitun yang dihadiahkan rakannya dari negara Arab.
“Bila saya jadi perdana menteri, dalam beberapa bulan selepas itu, JKDM kenakan cukai, RM500. Minyak itu saya bukan buat berniaga, saya guna sendiri.
“Tapi saya tidak merayu untuk tidak membayar, saya bayar juga RM500 itu. Kalau perdana menteri pun kena bayar cukai, rakyat lain jangan culas,” katanya di Putrajaya.
Anwar berkata tindakan itu dilakukan kerana ingin menjadi contoh kepada rakyat.
‘Bonus lebih baik tahun ini’
Sementara itu, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta, menjadikan keseluruhan RM50 juta, bagi menambah baik perumahan anggota JKDM untuk tahun 2024.
Kata Anwar, peruntukan itu bagi memastikan perumahan anggotanya tidak lagi daif dan uzur, selain kerajaan akan terus berusaha untuk membina perumahan baru buat mereka.
“Sebab itu bagi polis, tentera, Maritim Malaysia dan JKDM, kita akan beri keutamaan kepada perumahan pada tahun 2024 ini. Saya minta ini disegerakan, tidak ikut prosedur tender biasa.
“Perkara ini terpaksa ikut tender kerana kalau ada rundingan, rundingan ini kadangkala ada 10 peratus, 20 peratus itu bocor ke tempat lain.
“Sebab itu proses tender itu harus dipatuhi tapi boleh disegerakan, dipercepatkan. Kalau tandas robek, rosak, takkan nak tunggu tandas siap enam bulan.
“Itu satu penyeksaan, penderaan tapi boleh disegerakan semua itu,” katanya.
Menurut Anwar, jumlah peruntukan itu juga boleh bertambah sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.
Selain itu, Anwar juga turut memberi jaminan bahawa anggota JKDM akan menerima bonus lebih baik tahun ini.
“Saya beri jaminan bonus tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya,” tambahnya. Mk
Anwar kena cukai RM500 untuk setong minyak zaitun
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.