Usaha MARA tambah baik sistem kemasukan MRSM dapat pujian netizen

Usaha MARA tambah baik sistem kemasukan MRSM dapat pujian netizen

Usaha dan komitmen Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menambah baik sistem tawaran kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini, mendapat pujian netizen di laman Facebook.

Rata-rata pengguna Facebook terutamanya ibu bapa dan pelajar yang memohon kemasukan ke MRSM bagi kemasukan sesi persekolahan tahun ini mengakui sistem yang diperkenal lebih sistematik selain mudah difahami.



Perkara itu dapat dilihat berdasarkan komen netizen dalam satu hantaran yang dibuat oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menjelaskan berkenaan masalah status tawaran kemasukan pelajar sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Mahani Ismail menyifatkan tawaran yang diberikan lebih teratur, jelas dan memudahkan ibu bapa dan pelajar buat perancangan yang seterusnya.

“Tahniah..MARA nampak lebih teratur dengan tawaran yang diberi tahun ini. Kalau tak dapat, tak boleh merayu sebab tak lepas merit. Yang lepas merit pula ‘queue’ (beratur) untuk kekosongan kemudian.

“Lebih jelas dan memudahkan urusan ibu bapa dan pelajar untuk buat rancangan seterusnya. Tahniah MARA!,” katanya.



“Setuju.. Nampak teratur dan sistematik,” kata seorang lagi pengguna, Hasma Aqli.

“Setuju nampak teratur… Dan mudah difahami ibu ayah,” kata Mariana Ana.

Bagi pengguna Aine Nizam pula, dia menyifatkan sistem yang diperkenalkan lebih telus dan lurus kehadapan.

“Terima kasih Datuk atas sistem kali ini.. Lebih telus dan lurus kehadapan.. Dapat, waiting list (senarai menunggu) atau tidak dapat/gagal… so lebih jelas…. Tahniah atas penambahbaikan ini… dan terima kasih kerana menjaga kualiti,” katanya.



Semalam BH melaporkan, pelajar yang menerima status makluman terkini kemasukan ke MRSM tidak perlu bimbang kerana masih berpeluang untuk diterima masuk sekiranya ada pelajar lain yang menolak.

Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, status makluman itu menjelaskan hanya pelajar yang tidak menerima tawaran selepas 20 Mei ini, permohonannya ditolak.

Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana status terkini diterima itu menunjukkan pelajar itu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima ini. Sebenarnya ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25 hingga 30 peratus pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran itu atas pelbagai sebab,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. BH



Usaha MARA tambah baik sistem kemasukan MRSM dapat pujian netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan



Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk



Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker