Pelajar saman sekolah kerana gagal diterima masuk 15 universiti AS

Pelajar saman sekolah kerana gagal diterima masuk 15 universiti AS

Seorang pelajar Tingkatan 6 mengheret sebuah sekolah antarabangsa pendidikan ke mahkamah berhubung surat syor yang dikatakan tidak masuk akal sehingga menyebabkan dia gagal memasuki 15 universiti terkemuka di AS.

Pelajar berusia 21 tahun itu serta ibu bapanya memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jan lepas dengan menamakan sekolah terbabit serta empat defendan lain.

Menurut dokumen tersebut, pelajar itu mendakwa surat cadangan yang dibuat secara tidak wajar kepada di 15 universiti AS – antaranya Universiti Harvard, Universiti Stanford dan Universiti Yale – menyebabkan permohonan kemasukannya ke situ ditolak pada Mac tahun lalu.

Calon pelajar pengajian tinggi itu berkata permohonannya hanya berjaya untuk tiga universiti yang lain iaitu Universiti Washington, Universiti California di San Diego dan Universiti California di Davis.

Universiti terbabit, katanya, tidak memerlukan surat sokongan daripada sekolah.

Dakwanya, defendan gagal memastikan surat perakuan tersebut datangani oleh guru yang mempunyai interaksi peribadi dengannya semasa belajar di sekolah berasrama penuh terbabit.

Dia yang menjadi penduduk Taman Seputeh di Kuala Lumpur mendakwa bahawa itu adalah antara faktor yang melanggar beberapa ketetapan universiti AS yang memerlukan individu berkelayakan serta kakitangan yang sah untuk menandatangani surat cadangan berkenaan.

Pemegang Biasiswa KTJ mendakwa defendan melakukan pelanggaran kontrak kerana gagal memberikan bantuan sewajarnya semasa permohonan tersebut dibuat, serta membenarkan amalan tidak beretika dengan menyalin serta menampal templat standar sebagai kandungan untuk surat cadangan.

Mendakwa menjadi pelajar tingkatan enam yang cemerlang dari segi akademik sejak Ogos 2018 hingga Julai 2020, dia berhujah, kecuaian defendan menjejaskan peluang kerjaya masa depannya serta potensi pendapatan masa depan.

Ketiga-tiga plaintif menuntut pelbagai relif, antaranya ganti rugi am, teruk, teladan dan khas.

Keluarga terbabit pula memohon beberapa pengisytiharan, antaranya bahawa defendan telah melakukan pelanggaran kontrak dan melakukan kecuaian.

Ketiga-tiga mereka juga memohon injunksi mandatori daripada mahkamah untuk memaksa defendan menyediakan serta menyampaikan kenyataan bertulis kepada universiti AS bagi menjelas dan mengakui kecuaian yang didakwa dilakukan mereka.

Pada 12 Jan, lima defendan hadir dalam tuntutan mahkamah melalui peguam mereka dari firma guaman Azman Davidson & Co.

Keluarga itu diwakili peguam Marcus Lee. Mk

Pelajar saman sekolah kerana gagal diterima masuk 15 universiti AS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker