Isteri Daim kecam laporan sensasi dana luar pesisir keluarga
Isteri Daim kecam laporan sensasi dana luar pesisir keluarga
Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mengecam laporan mengaitkan diri dan anak-anaknya dengan dana amanah luar pesisir yang dikatakan mempunyai sehingga USD52.5 juta (RM247.54 juta) aset setakat 2020.
Na’imah Khalid menyifatkan laporan itu sebagai “bernada sensasi”, bertujuan untuk memberikan tanggapan salah laku atau pemilikan harta yang diperoleh secara haram.
“Kami tidak pernah merahsiakan fakta kami memiliki aset di luar negara, yang merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang sah sejak sebelum penglibatan Daim dalam arena politik pada 1984.
“Hakikatnya, pengarang laporan itu tidak pun mencadangkan wujudnya elemen jenayah, justeru menimbulkan persoalan mengapa laporan sedemikian diterbitkan,” katanya dalam kenyataan.
Na’imah dipercayai merujuk kepada laporan sebuah portal bahawa dana amanah luar pesisir itu ditubuhkan atas nama Na’imah dan dua anak mereka, Amir dan Amin, memetik dokumen yang diperoleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Daim sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora, yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka di Malaysia dengan kawasan perlindungan cukai luar pesisir.
Minggu lalu, SPRM menyoal Na’imah dan dua anak lelaki mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai aset milik keluarga itu.
Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah untuk mencabar siasatan SPRM itu, yang menurut mereka bercanggah dengan perlembagaan.
Na’imah hari ini mengecam tindakan menerbitkan laporan dengan tuduhan tersirat dan tanggapan tanpa bukti kukuh, yang akan mencemarkan nama baik seseorang, menyifatkannya sebagai “salah dan tidak beretika”.
“Malah, ia menjurus kepada pembunuhan watak dengan bertopengkan laporan berita,” katanya.
“Laporan ini akan hanya meniupkan prasangka, khabar angin dan andaian terhadap kami atau mana-mana orang dalam situasi sama, dan tidak syak lagi inilah tujuan ia diterbitkan.” FMT
Isteri Daim kecam laporan sensasi dana luar pesisir keluarga
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton
You must be logged in to post a comment.