Ketukan misteri, pengamal ilmu sihir mahu tunjuk ‘aksi’
Ketukan misteri, pengamal ilmu sihir mahu tunjuk ‘aksi’
KANGAR: Kejadian ketukan misteri yang berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis dipercayai disebabkan terdapat pengamal ilmu sihir yang ingin menunjukkan kemahiran ilmu masing-masing.
Seorang pengamal perubatan Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Razali, berkata kemungkinan kejadian di beberapa negeri itu adalah disebabkan pengamal ilmu hitam terbabit ingin menguji ilmu yang dipelajari mereka.
“Dari sudut perubatan Islam, saya melihat perkara ini adalah disebabkan mereka ingin menguji ilmu hitam yang diamalkan.
“Ini dapat dinilai melalui kehadiran mereka di sesebuah kawasan di mana berlaku gangguan ketukan misteri itu.
“Disebabkan itu, pengamal ilmu salah ini yang berada di tempat lain turut mahu menunjukkan serta mempamerkan kehebatan ilmu mereka di kawasan setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, disebabkan faktor ingin menunjukkan kehebatan masing-masing serta menguji ilmu hitam oleh seseorang individu itu membawa kepada berlakunya gangguan ketukan misteri di beberapa kawasan.
“Gangguan ini bukanlah seperti yang difikirkan umum seperti jin atau syaitan itu bergerak dari negeri ke negeri.
“Ilmu pukau juga termasuk dalam kategori sihir dan sebagai umat Islam, kita tidak boleh menolak sepenuhnya perkara seperti gangguan ketukan misteri yang berlaku di seluruh negara. Bila kita menyentuh mengenai ilmu sihir, biasanya amalan itu menggunakan objek sebagai bahan perantaraan dan ilmu pukau juga adalah sebahagian daripada ilmu sihir,” katanya.
Beliau berkata, pengamal ilmu pukau biasanya berdamping dengan jin.
“Apabila pukau dilakukan, ia akan menyebabkan mangsa menjadi leka, tidak menyedari apa dilakukan dan hanya menurut kata-kata pelaku ilmu pukau,” jelasnya.
Muhammad Razali berkata, pendedahan orang ramai dalam media sosial juga sebenarnya perlu dilihat daripada sudut positif dalam mengetahui terdapat pengamal ilmu hitam di sesuatu kawasan itu.
“Dalam kejadian ini, ia sebenarnya sebagai satu isyarat kepada kita untuk terus mendekatkan diri dengan Allah SWT dan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran dan sebagainya.
“Antara amalan yang boleh dilakukan sebagai pendinding amalan sihir seperti pukau adalah Bismillah Lima dan perlu melaungkan azan serta iqamah apabila masuk waktu solat dalam rumah bagi menghalau makhluk halus seperti jin dan syaitan,” katanya.
Sejak Jumaat lalu, Perlis ‘gempar’ dengan siri gangguan ketukan misteri pada waktu awal pagi di beberapa kawasan di negeri itu.
Gangguan berkenaan didakwa berlaku di kawasan Batu Bertangkup, Panggas dan Chuping di Padang Besar serta Pauh dan Arau sehingga menyebabkan orang ramai menjadi gusar dengan situasi yang berlaku.
Menurut mereka, gangguan itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi hingga 4.30 petang di mana pintu atau tingkap rumah penduduk akan diketuk namun tiada kelibat sesiapa apabila diperiksa. BH
Ketukan misteri, pengamal ilmu sihir mahu tunjuk ‘aksi’
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton
You must be logged in to post a comment.