Zakir Naik saman balas Ramasamy
Zakir Naik saman balas Ramasamy
Pendakwah bebas Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
Tuntutan balas itu susulan saman fitnah Ramasamy terhadapnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Dis tahun lalu.
Mereka sebelum ini pernah berdepan di mahkamah, dengan Ramasamy diarah membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM1.52 juta atas dakwaan memfitnah Zakir.
Saman fitnah Ramasamy terhadap Zakir ketika ini berkaian dakwaan bahawa bekas pemimpin DAP itu adalah ‘musuh terbesar Islam’.
Menurut tuntutan balas yang dilihat Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy telah memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada 2019.
Antaranya berhubung artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia’ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019.
Dua lagi kenyataan didakwa dibuat di laman Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.
Zakir mendakwa artikel pertama itu mendakwa dia dengan niat jahat menyebarkan kebencian terhadap orang bukan Islam di Malaysia.
Dia juga mendakwa hantaran Ramasamy di Facebook pula mendakwa dia sebagai seorang individu yang tidak akan hadir prosiding di mahkamah memandangkan dia merupakan orang yang dikehendaki di India, dan dia didakwa tidak ikhlas ketika memohon maaf berhubung ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan.
Zakir antara lain menuntut pampasan, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dalam saman yang difailkannya.
Dia juga meminta mahkamah mengeluarkan injunksi agar Ramasamy memadamkan tiga kenyataan tersebut serta tidak lagi mengulang kenyataan sama pada masa akan datang. Mk
Zakir Naik saman balas Ramasamy
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton