Pegawai kanan polis didakwa tolak wanita jatuh Jambatan Pulau Pinang
Wanita jatuh Jambatan P Pinang dakwa ditolak rakan lelaki
Pegawai kanan polis didakwa tolak wanita jatuh Jambatan Pulau Pinang
GEORGETOWN: Wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di KM 2.8 Jambatan Pulau Pinang semalam mendakwa dia ditolak rakan lelakinya ketika mereka bertengkar di hentian jambatan itu.
Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata berdasarkan keterangan awal wanita berusia 40 tahun itu mendakwa ditolak rakannya berusia 37 tahun yang juga pegawai kanan polis tetapi bukan bertugas di negeri ini.
Katanya, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Dalam kejadian 7.45 malam itu, pada mulanya berlaku pertengkaran antara lelaki dan wanita yang merupakan rakan itu sebelum mereka yang menaiki kereta berhenti di hentian Jambatan Pulau Pinang tersebut, wanita itu mendakwa dia ditolak oleh rakan lelakinya sebelum mereka jatuh bersama.
“Pada masa sama seorang lelaki yang berada di situ terus terjun untuk menyelamatkan mereka dan ketiga-tiga mereka diselamatkan dengan dibawa bot nelayan ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya kepada pemberita.
Khaw ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Timur Laut antara Razlam Abd Hamid dan V Saravanan yang sebelum ini memangku jawatan itu. Razlam sebelum ini merupakan ketua polis Taiping di Perak.
Khaw berkata polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk merekodkan keterangan saksi-saksi yang melihat kejadian itu bagi membantu siasatan kes itu.
Katanya, lelaki itu masih menerima rawatan di hospital kerana kecederaan di kepala dan pihak polis akan merekodkan keterangannya dalam masa terdekat ini.
Menurutnya berdasarkan siasatan pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan iaitu Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut, baru-baru ini.
“Lelaki itu masih di hospital dan nanti kami akan tengok dulu dari segi percakapannya dan berhubung kenyataan wanita tersebut kami juga siasat setakat mana kejituannya berhubung dakwaan kata ditolak.
“Kami kena dapatkan pengesahan dulu, kepastian daripada saksi lain dan baru kami putuskan sama ada akan reman atau tidak pegawai kanan polis tersebut,” katanya.
Khaw berkata wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia bekerja kilang serta menetap di Pulau Pinang.
Media melaporkan sebelum terjatuh ke dalam laut, mereka yang menaiki kereta Honda City dipercayai bergaduh di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang. FMT
Pegawai kanan polis didakwa tolak wanita jatuh Jambatan Pulau Pinang
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton