Afdlin Shauki akui telah berkahwin semula

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki mengaku sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, tahun ini.Afdlin dalam temubual secara eksklusif berkata, wanita pilihannya itu berasal dari Johor dan kini bekerja dengannya.

“Alhamdulillah, saya sudah menamatkan zaman duda dan beraya bersama keluarga baru dan lama, tahun ini,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu.

Afdlin berkata, sebenarnya dia enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu itu dijadikan ‘highlight’.

“Apa yang boleh saya kongsi, saya sudah menamatkan zaman duda. Hubungan isteri dan bekas isteri serta anak-anak juga baik. Isteri saya pernah bekerja dengan saya dan masih bekerja dengan saya.



“Itu saja yang dapat saya kongsi kerana enggan memperbesarkan perkara ini. Cukuplah saya kongsikan berita gembira ini.

“Jika diikutkan, saya sendiri jarang berkongsi mengenai bekas isteri sebelum ini. Jadi biarlah privasi itu disimpan buat saya saja,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, bekas isteri Afdlin iaitu Maria Christina Orow Abdullah berkongsi rumah tangga yang dibina selama 25 tahun ‘runtuh’ dan bercerai pada April tahun lalu.

Difahamkan, hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik COVID-19 sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai.



Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker