CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta

CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta

ALOR SETAR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di negeri utara antara empat ditahan reman tiga hari bermula hari ini, kerana disyaki meminta serta menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta.

Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor membenarkan permohonan reman empat suspek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

Berdasarkan sumber, semua empat lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 6.30 petang semalam, ketika masing-masing hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.

“Berdasarkan siasatan dijalankan, wang lebih RM6 juta dimasukkan ke akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengendali serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan ke atas empat suspek itu. BH

CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker