Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
Pemimpin Umno mendakwa rakyat sememangnya menunggu SPRM menyiasat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu tidak pelik kerana bekas perdana menteri Najib Razak pernah melaluinya sebelum ini.
“Rakyat memang tunggu giliran Tun M (Mahathir Mohamad) dan Tun Daim disiasat. Dia kena terima hakikat. Dia tidak kebal. Biar SPRM siasat. Kekayaan Daim bocor bila viral ‘Kertas Pandora’.
“SPRM kata siasatan terhadap Tun Daim berdasarkan Kertas Pandora. Baru rakyat tahu dua anak Daim memiliki syarikat BVI (British Virgin Island) ketika berumur sembilan dan 12 tahun.
“Banyak misteri mengenai kekayaan Daim. Apakah kandungan Pandora Paper itu benar? Biar SPRM siasat. Kita pun hairan kenapa Daim tidak tersenarai 50 orang terkaya dalam Forbes Malaysia. Apa rahsianya?” soal Mohd Puad dalam satu hantaran di Facebook.
Sebelum ini SPRM menegaskan siasatan terhadap Daim dijalankan sejak Feb lalu susulan maklumat daripada Kertas Pandora yang didedahkan sebelum ini.
Kertas Pandora merujuk kepada berjuta-juta dokumen bocor yang didedahkan kepada umum pada 2021, yang didakwa mendedahkan akaun luar pesisir pemimpin masa kini dan masa lalu dari seluruh dunia, termasuk presiden, perdana menteri, jutawan dan ahli perniagaan terkemuka.
SPRM dalam kenyataan berkata, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) diserahkan kepada Daim pada 7 Jun lalu yang menghendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya.
Jelas kenyataan itu, aset terbabit sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.
Bagaimanapun Daim yang juga bekas menteri kewangan menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik.
Katanya, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya walaupun sudah berkali-kali mengajukan perkara itu kepada SPRM.
“Kalau betul Tun Daim akan disiasat, direman dan didakwa ia akan jadi tajuk besar untuk 2024. Tidak pelik pun. Najib bekas perdana menteri sudah melalui pengalaman itu.
“Rumah diserbu, akaun disita, satu malam ditahan di pejabat SPRM, didakwa, dibicara dan akhirnya dipenjara. Muhyiddin (Yassin) tidak lama lagi akan dibicara,” tambah Mohd Puad. Mk
Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.