Bakal pengantin dicekup berkhalwat
Bakal pengantin dicekup berkhalwat
SUNGAI PETANI: Sepasang kekasih yang ditahan berkhalwat di sebuah hotel di Gurun memberi alasan dalam proses berkahwin ketika Op Ambang Tahun Baharu 2024 di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan menahan pasangan berkenaan pada jam 11.59 malam.
Terdahulu, pasangan berusia 35 tahun itu mendakwa sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.
Namun, kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang bukti atau mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat anggota penguat kuasa.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail, berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya mengaku sudah bertunang setahun lalu dan merancang bernikah selepas simpanan kewangan mereka mencukupi sebelum menjelang Ramadan nanti.
Katanya, lelaki itu dikatakan bekerja di sebuah pelantar minyak di Sarawak dan kini sedang bercuti, manakala pasangannya pula seorang penjawat awam bertugas di Sik.
“Mereka antara sembilan pasangan ditahan kerana berkhalwat di sekitar daerah ini sempena Op Ambang Tahun Baru 2024 yang bermula kira-kira jam 11 malam tadi.
“Operasi dilakukan PADK dibantu beberapa pasukan penguat kuasa agama dari daerah lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu membabitkan lokasi panas yang sudah pun dikenal pasti.
“Semua yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk laporan tangkapan dan tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat,” katanya. BH
Bakal pengantin dicekup berkhalwat
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”
You must be logged in to post a comment.