MP BN sokong Langkah Dubai, ini kata Jalaluddin
MP BN sokong Langkah Dubai, ini kata Jalaluddin
JELEBU: “Saya tidak tahu menahu ada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di Dubai mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui Langkah Dubai.”
Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen termasuk dua daripada BN, mengadakan pertemuan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ahli Parlimen Jelebu itu mendakwa tidak mendengar apa-apa perkara mengenai pertemuan itu, malah tiada siapa memberitahunya ada usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
“Saya sedang bercuti ketika ini, namun bukan di Dubai, jadi saya tidak tahu menahu mengenai pertemuan itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan seperti didakwa di media sosial.
Tular di beberapa aplikasi media sosial mengenai gerakan yang diatur beberapa pemimpin Pas dan Bersatu dalam usaha mendapatkan sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Beberapa tawaran turut diberikan kepada BN iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan serta pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mesej itu juga mendakwa Langkah Dubai antara lain bertujuan menarik sokongan orang Melayu khususnya Umno bagi pembentukan kerajaan baharu.
Pertemuan turut merangka mewujudkan semula Muafakat Nasional seperti mana pernah dilaksanakan oleh UMNO dan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Sumber itu mendakwa jawatan Perdana Menteri turut ditawarkan kepada PBB dan autonomi lebih besar, selain 20 peratus royalti hasil minyak kepada Sarawak.
Dalam pada itu, mesej itu mendakwa sumber yang rapat dengan Presiden UMNO yakin Langkah Dubai tidak akan membawa sebarang kesan dan UMNO akan terus teguh menyokong Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. BH
MP BN sokong Langkah Dubai, ini kata Jalaluddin
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah
You must be logged in to post a comment.