Mayat tersangkut di celah bakau, 3 warga asing ditemui lemas

Mayat tersangkut di celah bakau, 3 warga asing ditemui lemas

Tiga lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas selepas sebuah bot membawa mereka karam berdekatan Pantai Rambah, Pontian, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Bomba Mahadir Mamat, berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang.



“Kesemua mangsa dipercayai berumur 30an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui.

“Bot mereka karam dipercayai kerana berlaku ribut di kawasan pantai itu pada awal pagi tadi. Mangsa juga disyaki cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui perairan negara menerusi Pantai Rambah.

“Mayat ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok kayu bakau ditemui oleh orang kampung ketika mereka sedang memancing, manakala bot mereka ditemui terdampar di tepi pantai pada petang tadi,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, jarak antara ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok itu kira-kira 50m (jarak antara mangsa dengan mangsa) dan semua mayat telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.



Menurutnya, operasi ditamatkan pada 7.15 malam ini. FMT

Mayat tersangkut di celah bakau, 3 warga asing ditemui lemas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker