Arab Saudi temui rizab emas besar di wilayah Mekah
Arab Saudi temui rizab emas besar di wilayah Mekah
RIYADH: Arab Saudi melaporkan penemuan sumber emas yang berpotensi besar untuk negara itu.
Sumber emas itu ditemukan di kawasan sepanjang 100 kilometer (km) ke selatan Lombong Emas Masourah Massarah di daerah pentadbiran Al Khurmah, wilayah Mekah.
Lapor Saudi Gazette, syarikat perlombongan Maaden memaklumkan pihaknya menemukan banyak kawasan kaya dengan emas.
Malah, jelas syarikat itu, penemuan itu secara tidak langsung menunjukkan potensi untuk mengembangkan aktiviti perlombongan emas di kawasan berkenaan.
Menurut Maaden, ia merupakan penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.
Hasil penggerudian dari beberapa tapak di Uruq Selatan, sepanjang 100km ke arah selatan Mansourah Massarah, mendedahkan ciri-ciri geologi dan kimia yang serupa dengan kawasan deposit di Mansourah Massarah.
Sampel yang diambil di kawasan penemuan emas itu menunjukkan kewujudan mendapan emas gred tinggi.
Ia mengandungi sebanyak 10.4 gram per tan (g/t) emas dan 20.6 g/t emas di dua tapak penggerudian itu pada jarak 400 meter daripada kawasan perlombongan semasa di Mansourah Massarah.
Berdasarkan keputusan itu, Maaden merancang melakukan aktiviti penggerudian secara agresif pada tahun depan di sekitar Mansourah Massarah. Utusan
Arab Saudi temui rizab emas besar di wilayah Mekah
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”
You must be logged in to post a comment.