Chong Wei, Nicol tidak berminat untuk jadi ahli YAKEB

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai 2009 dengan misi menguruskan hal ehwal kebajikan bekas atlet termasuk atlet kelainan upaya (OKU).

Setakat ini, yayasan berkenaan sudah mempunyai kira-kira 3,017 ahli dengan syarat minimum keahlian mereka pernah mewakili negara ke temasya Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia atau Sukan Olimpik.

Bekas atlet yang menjadi ahli layak mendapat 12 jenis bantuan, antaranya seperti khairat kematian, rawatan perubatan penyakit, rawatan perubatan hospital ahli, bantuan alat sokongan perubatan dan bantuan melanjutkan pelajaran.

Namun, persoalan yang timbul apabila terdapat segelintir bekas atlet ternama tidak berminat mendaftar menjadi ahli sekali gus membingungkan yayasan berkenaan.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang mendedahkan perkara itu percaya kehadiran bekas atlet ternama sudah pasti dapat memberikan motivasi kepada ahli yang lain dalam pembentukan kerjaya mereka selepas bersara.

“Seperti bekas atlet elit, yang pernah jadi juara dunia, berprofil tinggi… sebenarnya mereka ini seperti segan untuk menyertai YAKEB. Mungkin mereka merasakan menyertai YAKEB ini seperti mahu meminta pertolongan dan mereka tidak mahu meminta pertolongan YAKEB.

“Sebelum ini kami pernah bertemu dengan Datuk Lee Cong Wei, Datuk Nicol (Ann David) tetapi mereka belum terbuka hati untuk mendaftar dan saya sendiri pun tidak mahu menyalahkan mereka.

“Bagi saya, kalau mereka mendaftar, pasti mereka boleh memberikan motivasi kepada bekas atlet lain supaya mereka juga boleh berkongsi pengetahuan untuk mencapai cita-cita selepas bersara dan berkongsi ‘jalan’ pilihan seterusnya (kerjaya),” kata Noorul.

Noorul bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan berputus asa dalam menarik lebih ramai bekas atlet menjadi ahli apabila meletakkan sasaran untuk mencapai 4,000 keahlian pada tahun depan dengan beberapa inisiatif ke arah itu sudah direncanakan.

“Kami memang ada penambahan keahlian pada tahun ini. Namun dalam pada itu, ramai juga bekas atlet yang meninggal dunia pada tahun lalu dan tahun ini. Bagi saya ada penambahan (keahlian) yang ketara.

“Bagi menambahkan lagi keahlian, saya bercadang untuk mengunjungi semula Exco negeri-negeri kerana terdapat pertukaran. Ini adalah untuk memberikan mereka maklumat mengenai YAKEB dan apa jenis bantuan dan kerjasama yang boleh dijalinkan bersama Exco negeri,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker