Isma Aliff terselamat dari ‘serangan stroke’, kini ikhtiar rawatan alternatif

Isma Aliff masih dirawat di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff, 59, yang diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital Jumaat lalu, mempertimbangkan ikhtiar alternatif bagi merawat penyakit berkenaan.

Ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, sosok yang dikurniakan bakat menyanyi dan berlakon, termasuk aksi komedi ini, memberitahu dia bercadang menjalani perubatan tradisional melalui proses urutan bagi merawat penyakit berkenaan.

Isma yang popular sekitar 1980-an, pernah membintangi beberapa filem, antaranya Marah-Marah SayangJaket BiruSayang Ibu dan banyak lagi. Dia sedang menguruskan ibunya yang terlantar di rumah ketika terkena serangan strok.

“Saya bercadang menjalani perubatan tradisional melalui proses urutan bagi merawat angin ahmar selepas dibenarkan keluar hospital seperti dicadangkan rakan-rakan,” katanya.

Pemilik nama sebenar, Mohd Latiff Ismail ini yang dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi dan angin ahmar ringan sebelum terpaksa ditidurkan kerana jangkitan pada jantung serta paru-paru, kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan boleh berinteraksi dengan pelawat.

“Saya bersyukur kerana hanya diserang angin ahmar ringan, tapi masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan. Sudah boleh berinteraksi, cuma masih berasa kebas pada tangan kiri,” katanya.

Sebelum ditidurkan, Isma sempat menghubungi rakan baik yang juga artis seangkatan, Ebby Saiful Ali bagi memaklumkan keadaannya.

Dia terharu atas keprihatinan Ebby Saiful yang setiap hari meluangkan masa menziarahi dan menemaninya di hospital, termasuk memberi kata-kata semangat serta nasihat menjaga kesihatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin

Mini Dhaka di KL diserbu

Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

CEO Starbucks merungut apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker