Kes PU Azman: Saksi remaja beri keterangan tertutup

Kes PU Azman: Saksi remaja beri keterangan tertutup

SEREMBAN: Perbicaraan bagi kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini dijalankan secara tertutup apabila ia melibatkan saksi ke-11 iaitu seorang remaja lelaki.

Hakim, Datin Surita Budin mengarahkan kesemua individu yang tidak berkenaan dengan kes tersebut keluar sebaik saksi berusia 18 tahun itu dipanggil bagi memberi keterangan.



Terdahulu, PU Azman yang turut dikenali dengan panggilan Cik Man itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dan perbicaraan secara tertutup itu bermula sekitar pukul 10 pagi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hadi Hakimi Harun, Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd. Nasir.

Mohamad Zahid ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, saksi ke-11 berkenaan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh didedahkan.

“Saksi ini merupakan pengadu bagi kes pertama dan selepas prosiding hari ini akan terdapat dua lagi saksi dipanggil iaitu pengadu kedua serta pegawai penyiasat. Setakat ini, kes di tiga buah mahkamah berjalan lancar,” katanya.



Hakim kemudiannya menetapkan 22 April hingga 26 April tahun hadapan bagi prosiding seterusnya.

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai di sini pada 6 Julai tahun lalu.



Selain itu, dia turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. Utusan

Kes PU Azman: Saksi remaja beri keterangan tertutup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker