Lapan anak terbunuh serentak

Lapan anak terbunuh serentak

Diuji kematian seorang daripada darah daging sendiri pun tidak sanggup dilalui setiap orang, apatah lagi hilang lapan nyawa anak serentak.

Hakikatnya, itu keperitan terpaksa ditanggung seorang ibu Palestin apabila lapan anaknya maut selepas khemah perlindungan mereka sekeluarga di kem Al-Maghazi di tengah Gaza, dibedil pesawat tempur Israel pada Isnin lalu.



Lebih menyedihkan dia tiada di sisi anaknya itu ketika kejadian apabila keluar mencari makanan untuk mereka sekeluarga yang kelaparan sejak beberapa hari.

Tragisnya, kepulangan wanita itu disambut dengan jasad lapan anaknya yang ‘pergi’ dalam kelaparan.

Dalam satu rakaman video, wanita itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya serentak dalam satu malam sambil ditenangkan suaminya.

Wanita itu berkata, lapan daripada 11 anaknya terbunuh bersama 47 penghuni lain ketika mereka sedang tidur.



Katanya, kesemua anaknya yang maut itu adalah lima perempuan dan tiga lelaki.

“Mereka itu itu cumalah kanak-kanak dan seorang kakaknya sekolah menengah.

“Mereka tidur dalam kelaparan, kami cuba mencari mereka roti, tetapi mereka dibunuh,” katanya yang dilihat hampir rebah.

“Aku impikan anakku mati syahid. Sekarang aku melihat mereka pergi.



“Redakanlah aku ya Allah, bawalah aku bersama mereka sebagai mati syahid dan letakkan kami di syurga tertinggimu,” katanya.

Setakat kelmarin, angka korban di Gaza terus meningkat kepada 18,412, manakala mereka yang cedera mencecah 50,100 orang.

Daripada jumlah itu, lebih 70 peratus mangsa adalah kalangan kanak-kanak dan wanita iaitu masing-masing 8,000 dan 6,200 menjadikan Gaza tempat paling tidak selamat di dunia.

Sebelum ini, Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki dilaporkan berkata, Gaza berada diambang kempen pembunuhan beramai-ramai Israel dengan seorang kanak-kanak Palestin dibunuh setiap enam minit. HM



Lapan anak terbunuh serentak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker