Hot FM dibelasah JDT

Hot FM dibelasah JDT

Iskandar Puteri : Pasukan bola sepak stesen radio nombor satu Malaysia, Hot FM iaitu Dashing Bekpes Hot tewas 15-2 kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Perlawanan itu turut menampilkan aksi pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; ketua jurulatih JDT, Esteban Solari; bintang JDT, Safiq Rahim dan Farizal Marlias serta bekas pemain, Safee Sali selain turut dibarisi pengurusan dan kakitangan JDT.



Dashing Bekpes Hot pula menampilkan barisan penyampai radio Hot FM seperti Khairy Jamaluddin, Johan, AG, Fizi Ali dan selebriti seperti Tomok, Akim Ahmad, Atu Zero, Achey, Fizo Omar dan bekas bintang bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Nazri Noran berkata, idea menganjurkan perlawanan persahabatan itu tercetus kerana ‘team’ Hot FM sememangnya menyintai sukan bola sepak, namun tidak menyangka dapat dipertemukan dengan pasukan JDT.

“Idea tercetus apabila Hot FM yang memang sukakan bola sepak berbincang untuk mengadakan perlawanan persahabatan, tetapi kami fikir nak bermain dengan mana-mana kelab bola sepak saja kerana hanya ingin suka-suka, tidak sangka dimaklumkan Tunku (TMJ) berkenan mahu menemukan kelab JDT dengan Hot FM.

“Kami sangat terharu apatah pula dapat bermain di Stadium Sultan Ibrahim, memang kami bangga. Ini adalah acara penutup Hot FM tahun ini yang paling bersejarah dan rasanya peluang ini hanya datang sekali seumur hidup,” katanya ketika ditemui di sini.



Turut hadir pada acara itu Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali.

Nazri berkata, Hot FM menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan JDT dan katanya, inisiatif itu juga bertujuan untuk mengukuhkan jenama Hot FM sebagai Stesen Radio No.1 di Malaysia serta sebagai penghargaan kepada pendengar setia Hot FM.

Perlawanan petang tadi turut disiarkan secara langsung di radio Hot FM dengan kehadiran personaliti serta penyampai sukan TV3, Nazri Atari, selaku pengulas perlawanan.

Penyampai Hot FM yang lain, Fara Fauzana, Keymi dan Aisha turut bersama turun padang bagi menyokong pasukan mereka.



Pada 23 Disember ini, Hot FM akan melaksanakan satu lagi perlawanan persahabatan bersama pasukan bola sepak Dashing Bros di Kuala Lumpur. HM

Hot FM dibelasah JDT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker