Puteri Harbour ‘dikunjungi’ buaya (Video)

Puteri Harbour ‘dikunjungi’ buaya (Video)

ISKANDAR PUTERI: Pengunjung Puteri Harbour di sini, dikejutkan dengan kehadiran buaya hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai yang beriadah di situ.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan berkenaan.

Katanya, PERHILITAN dan pihak pengurusan di Puteri Harbour yang turut menempatkan terminal feri antarabangsa perlu segera bertindak.



“Kami biasa ke Puteri Harbour pada hujung minggu kerana ia menempatkan taman tema, restoran dan penginapan.

“Jika ada kejadian tidak diingini berlaku, ia boleh menjejaskan perniagaan di situ selain menjejaskan imej kawasan riadah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemunculan haiwan itu dan menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan.

“Kami ada terima dan tindakan pemantauan berterusan bersama pihak pengurusan kawasan itu masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.



Perkongsian video kemunculan reptilia itu di Instagram, kelmarin, menimbulkan kebimbangan ramai dan ada juga dakwaan pernah melihat dua buaya. BH

Puteri Harbour ‘dikunjungi’ buaya (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker