Lelaki tular pukul pasangan kekasih sudah didakwa – polis

Lelaki tular pukul pasangan kekasih sudah didakwa – polis

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul sepasang kekasih di Bandar Baru Georgetown, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pergaduhan pada pukul 6 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut.



Katanya, kejadian itu kemudian dirakam oleh ibu kepada pasangan kekasih itu.

“Pada pukul 11.45 pagi, polis telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Patani, Georgetown selepas dipercayai terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.

Katanya, suspek bersama seorang lelaki tempatan telah dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown atas kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan gaduh gempar.



“Salah seorang suspek juga dituduh di bawah Seksyen 323/ 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. Utv

Lelaki tular pukul pasangan kekasih sudah didakwa – polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker