Haiwan misteri serang 4 kampung

Haiwan misteri serang 4 kampung

Bagan Datuk: Kehadiran ‘binatang misteri’ yang merosakkan pokok pisang dan kelapa menyebabkan penduduk di empat kampung sekitar daerah ini dalam kebingungan.

Tinjauan di Kampung Sungai Lanchang; Kampung Sungai Nipah Darat; Kampung Pasang Api dan Kampung Sungai Balai Darat, di sini tadi, mendapati sekurang-kurangnya 20 pokok pisang patah di bahagian tengah batang selain terdapat kesan tapak kaki dan cakaran haiwan tidak dikenali.



Selain itu beberapa pokok kelapa turut didapati rosak apabila bahagian pelepahnya dipatahkan.

Pemilik kebun, Nuri Salleh, 65, berkata, dia terkejut melihat keadaan tujuh pokok pisang terletak di kebunnya di Lorong Limau Nipis, Kampung Sungai Balai Darat, di sini, patah pagi Sabtu lalu.

“Saya tak fikir ini angkara babi hutan berikutan batangnya dipatahkan di bahagian tengah. Jika babi hutan sudah tentu pokok pisang akan tumbang sepenuhnya kerana disondol pada akar.

“Lebih pelik, haiwan itu tidak makan langsung buah pisang yang jatuh ke tanah. Pemilik kebun di tempat lain pun maklumkan perkara sama,” katanya.



Sementara itu Ketua Kampung Sungai Lanchang, Mohd Jalaludin Waris, 57, berkata, setakat ini, dia sudah menerima sebanyak tujuh aduan daripada orang kampung berkaitan kejadian kerosakan pokok pisang dan kelapa dipercayai angkara binatang misteri yang sama.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan penduduk kampung, namun saya risau keselamatan pekebun dan menasihatkan penduduk tidak pergi ke kebun seorang diri.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sebaik aduan pertama kira-kira dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya sudah memasang satu unit perangkap beruang dan satu unit perangkap babi di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.



“Hasil siasatan kakitangan PERHILITAN, kami mengesyaki haiwan itu adalah anjing berdasarkan kesan tapak kaki, namun kita akan jalankan siasatan lanjut. HM

Haiwan misteri serang 4 kampung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker