Prestasi buruk UMNO dan kekalahan demi kekalahan, Zahid tidak akan bertanggungjawab – Isham Jalil

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil yang dipecat minggu lalu mendakwa Presiden parti, Zahid Hamidi enggan bertanggungjawab terhadap kekalahan parti dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Katanya, Zahid sebaliknya menyalahkan orang lain atas kegagalan Umno, termasuk PRK Kemaman pada 3 Dis lalu di mana calon Barisan Nasional (BN), Raja Affandi Raja Noor kalah kepada calon PAS.

Beliau berkata, Zahid menyalahkan kekalahan BN atas “pengundi putih” parti itu tidak keluar mengundi.



“Beliau masih tidak mahu mengambil tanggungjawab dan kerap menyalahkan orang lain atas kegagalan demi kegagalan.

“Sebagai presiden, beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab dan sebaliknya bertanya mengapa beribu-ribu pengundi putih tidak keluar (mengundi),” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Isham berkata, beliau akan terus memperjuangkan penyatuan orang Melayu, yang menurutnya sudah lama berpecah belah.

“Apabila kita berpecah-belah, kita akan menjadi lemah dan saling bercakaran satu sama lain. Ini tidak baik untuk kelangsungan perjuangan orang Melayu dan Islam di negara ini.”



Surat pemecatan bertarikh 8 Dis lalu yang ditandatangani Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan Isham dipecat serta-merta atas alasan melanggar etika sebagai ahli Umno.

Isham menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu yang dibuat tanpa melalui Lembaga Disiplin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker