Buka aib sendiri, boleh ke?
Buka aib sendiri, boleh ke?
Dalam mendepani kehidupan yang semakin mencabar kini, kerap kali kita dipertontonkan dengan sikap manusia yang tidak matang. Ketika ditegur selepas terkhilaf, ada yang berkata,
“Aku buat aku punya sukalah. Dosa aku yang tanggung. Lagipun aku tidak mahu jadi hipokrit, depan orang tunjuk baik. Biarlah orang kenal siapa diri aku.”
Tidak dinafikan sememangnya terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak peka dengan teguran diberikan. Seolahnya mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat, terutama yang melibatkan sentimen agama, adat dan budaya timur.
Masyarakat perlu sedar, jangan membuka keaiban sendiri kepada khalayak kerana ia secara tidak langsung mendedahkan kelemahan diri. Mungkin ada sesetengah daripada kalangan kita yang tidak mahu bersikap hipokrit. Namun dalam masalah ini, Islam melarang sekeras-keras umatnya dari mendedahkan keaiban, dan perlu berusaha sedaya mungkin untuk menutupnya.
Para ulama sendiri menyatakan, sesiapa yang menunjukkan kelemahan dan keaiban kepada masyarakat, jelas menunjukkan rendahnya pemikiran seseorang. Apakah dengan mendedahkan segala keaiban tersebut menunjukkan bahawa dia tidak hipokrit?
Dalam hal ini sebenarnya memang dia sendiri yang menanggung dosa yang dilakukannya, sebagaimana firman Allah surah al-An’am: 164
“…dan tidaklah seseorang berbuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri, dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembali dan Dia akan memberitahumu apa yang kamu perselisihkan.”
Sedarlah, dalam hal ini tindakannya juga sebenarnya akan membuka ruang untuk orang lain mendapat saham dosa tersebut. Manakan tidak, apabila orang mula bercakap perihal yang buruk tentang dirinya, mengecam, mengejek atau lainnya secara tidak langsung ia telah menimbulkan fitnah, yang jelas mempunyai nilai dosa yang besar di sisi Allah.
Islam menyusun secantik mungkin fitrah kehidupan manusia mengikut keadaannya, sebagaimana binaan sebuah masjid. Ada tiang yang menopang, ada bumbung yang melindungi dari panas terik dan hujan lebat, ada dinding yang menghalang tiupan angin, ada pintu untuk laluan masuk bahkan lengkap serba serbinya. Kesemua itu saling memerlukan. Begitu juga dengan kehidupan manusia yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Begitu juga bagi sesetengah orang yang suka bercerita tentang kelebihan diri dalam beberapa hal, benar! sebagai manusia kadangkala kita tidak terlepas dari menyatakan secara umum kebaikan yang berlaku pada kita.
Justifikasi dari tindakan tersebut sebenarnya tidak ada larangan dalam Islam, sekiranya ia jelas memberi manfaat. Mungkin dengan kata-kata kejayaan yang pernah kita alami, secara tidak langsung mampu menjadi satu dorongan yang kuat pada kita dan orang yang mendengar.
Contonya jika seseorang telah berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh masa dua tahun. Kemudian dia menceritakan pula kepada khalayak tentang kejayaannya itu, serta berkongsi tip-tip bagaimana untuk menghafaz sepertinya. Di sini ia tidak ada masalah.
Walaubagaimanapun apabila terdapat sifat ujub, secara automatiknya ia tidak dibenarkan sama sekali dalam syariat Islam. Jika tujuannya bercerita untuk menunjuk-nunjuk, atau sehingga menyakiti hati orang lain, seperti merendah-rendah atau memperkecilkan kemampuan orang lain, jelas dia termasuk di kalangan orang yang melakukan dosa kerana berasa ujub dan membangga diri.
Dalam menjaga lidah, seharusnya kena tahu apa yang ingin diucapkan oleh lidah. Perkataan yang keluar dari mulut adalah bersumberkan dari hati. Bermakna apabila hatinya bersih, secara tidak langsung apa yang keluar dari mulutnya juga turut bersih dan berbau wangi.
Analoginya seperti sebuah tangki yang menyimpan air. Jika air di dalam tangki tersebut kotor, maka yang keluar dari kepala paip juga akan mengeluarkan air yang kotor. Tetapi jika air yang di dalam tangki itu bersih, maka air yang keluar pada paip juga adalah bersih.
Apa yang penting ubati hati dahulu barulah lidah akan juga terawat sekali. Dengan hati yang bersifat mahmudah maka akan mencerminkan sifat yang indah. Bukan sahaja pada pandangan sesama insan tetapi juga di mata Allah. Wallahu a’lam Utv
Buka aib sendiri, boleh ke?
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’
You must be logged in to post a comment.