Akmal bidas tuduhan MCA
Akmal bidas tuduhan MCA
Ketua Pemuda Umno, Muhamad Akmal Saleh memberi amaran kepada Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng bahawa parti itu juga perlu menerima hakikat mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina.
Malah Akmal berkata, kerusi yang dimenangi MCA ketika ini adalah kerusi majoriti Melayu.
“Kita menginsafi kekalahan di Kemaman dan akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan.
“Tetapi saya juga nak memberi peringatan kepada naib presiden MCA, yang mana MCA sejak beberapa PRU yang lepas telah kehilangan sokongan orang Cina, malah kerusi yang sedia ada yang dimenangi oleh MCA juga adalah kerusi majoritinya orang Melayu.
“Jadi jangan hanya pandai menuduh, cuba cermin diri juga,” katanya kepada Malaysiakini.
Tan semalam menggesa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi supaya menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu terus merosot.
Ini selepas Ahmad Zahid mendakwa BN mencatatkan prestasi buruk pada PRK Kemaman kerana “pengundi putih” daripada parti itu tidak keluar mengundi.
Pengundi Putih merujuk kepada penyokong tegar sesebuah parti.
Kemaman sebelum ini merupakan kubu kuat BN sehinggalah gabungan itu tewas di kerusi itu pada 2018.
Pada PRK Ahad lepas, PN memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh 70.1 peratus undi.
Tan berkata beberapa pilihan raya yang diadakan sejak November tahun lalu menunjukkan undi Melayu berpecah antara BN dan PN.
Bagaimanapun, katanya, BN dan Umno boleh menggunakan peranan dalam kerajaan untuk meraih sokongan pengundi.
Pada pilihan raya umum ke-15 tahun lalu, MCA hanya memenangi dua daripada 44 kerusi parlimen yang ditandinginya iaitu Tanjung Piai dan Ayer Hitam.
Berikutan itu MCA membuat keputusan untuk tidak menyertai enam pilihan raya negeri yang diadakan pada Ogos tahun ini.
‘Umno tak takut macam MCA’
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berpendapat, tidak seperti MCA, Umno tidak takut untuk bertanding semula walaupun sokongan terhadapnya merosot.
“Umno bukan MCA. Umno tidak putus asa. Umno juga tidak takut macam MCA sebab itu MCA tidak bertanding di PRN 6 negeri yang lalu. Umno bertanding di Kemaman dengan gigih,” katanya kepada Malaysiakini.
Puad berkata Umno pernah mencipta rekod apabila membuat kemunculan semula menerusi kejayaannya memenangi PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Kimanis, Chini dan Slim selepas tewas pada PRU14.
“Maka tidak timbul soal mimpi siang hari. Umno ada rekod kebangkitan. Umno akan manfaatkan kongsi kuasa hari ini untuk terus membela rakyat. Ia parti “cakap serupa bikin’.
“Lambat laun orang Melayu balik sokong Umno. Umno bukan mimpi kosong macam MCA. MCA mimpi pun takut. Sebab itu mengigau,” katanya. Mk
Akmal bidas tuduhan MCA
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)
You must be logged in to post a comment.