Stampa perlu dihukum dalam kes Sulu – Azalina
Stampa perlu dihukum dalam kes Sulu – Azalina
Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhkan hukuman setimpal terhadap penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Disember ini, atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beliau sedikit khuatir kerana Stampa adalah individu yang amat berpengaruh di Madrid.
“Ayahnya seorang yang terkenal malah terbabit dalam proses kemerdekaan negara Sepanyol, terbabit dalam gerakan revolusi ketika itu, dia juga seorang peguam, maknanya ayah dia dan keluarga dia orang berpengaruh.
“Kami harap tiada tekanan secara negatif sebab dah terang yang dia melanggar banyak undang-undang di Sepanyol,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI di Wisma BERNAMA, semalam.
Azalina berkata, beliau bersama pihak Jabatan Peguam Negara dan beberapa pegawai antarabangsa akan ke Sepanyol bagi mengikuti perbicaraan itu.
“Perbicaraan dan hukuman terhadap Stampa amat penting terutama berkaitan tindakannya memberikan award meskipun pelantikan beliau sebagai penimbang tara sudah diberhentikan selain masih meneruskan pendengaran kes timbang tara antarabangsa dan beralih ke negara lain untuk melaksanakan keputusan terhadap Kerajaan Malaysia.
.”..award itu saya bukan panggil Sulu Award tapi Sulu Fraud, mereka pergi ke banyak negara Eropah sebab negara Eropah ini bila tengok award daripada timbang tara, mereka anggap award itu sah, itu sebab kita kena bermula semula di negara yang beri award pertama iaitu di Madrid.
“Jadi kita mahu Mahkamah Madrid kenakan Stampa hukuman jenayah terhadap kedaulatan Malaysia dan ini (akan jadi) satu kemenangan kerana ini punca dia bergerak ke negara lain untuk aniaya Malaysia,” katanya.
Beliau juga berkata, kes Sulu menjadi teladan kepada Malaysia yang tidak mempunyai undang-undang kekebalan negara.
Azalina berkata, apa yang berlaku menyaksikan Malaysia menjadi mangsa kepada Sulu Fraud yang membabitkan proses timbang tara antarabangsa.
“Ketika itu, kita tidak bersedia, negara kita pun tidak stabil, jadi mereka ambil kesempatan, sebab itu kita bentang Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 bacaan kali pertama di Dewan Rakyat tempoh hari,” katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang itu antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia serta akan dibentang bagi bacaan kali kedua pada sesi pembukaan Parlimen berikutnya. Mk
Stampa perlu dihukum dalam kes Sulu – Azalina
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)