Keputusan tangkapan bergantung kepada bukti – IGP
Keputusan tangkapan bergantung kepada bukti – IGP
Keputusan jika ada tangkapan akan dibuat terhadap bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff atau tidak bergantung kepada siasatan polis untuk mendapatkan bukti-bukti, kata Ketua Polis Negara (IGP), Razarudin Husain.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan membabitkan Agus dan pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Ini antara lain, termasuk mendapatkan laporan teknikal daripada agensi kawal selia dan syarikat telekomunikasi.
“PDRM akan memanggil siapa saja yang boleh membantu siasatan. Keputusan samada ada tangkapan akan dibuat terhadap Datuk Dr Agus atau tidak bergantung kepada siasatan.
“Pada peringkat ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti-bukti yang material kepada keterangan dan dakwaan yang dibuat” katanya dalam mesej teks.
Razarudin mengulas demikian ketika dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kes tersebut.
Tambahnya, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu, dan sejak itu, beberapa arahan telah diberikan bagi melengkapkan siasatan.
Polis menjangkakan untuk menyerahkan semula kertas itu sejurus selepas mereka melengkapkan arahan, termasuk mendapatkan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dia juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan bertujuan mencari kebenaran dan keadilan kepada Agus dan Wahab.
Minggu lalu, Wahab, 33, yang menjadi tumpuan kontroversi berhubung rakaman video tular itu mendakwa bahawa dia diganggu secara seksual oleh Agus.
Dakwaan terbaru itu tidak dikongsi oleh Wahab pada 17 November lalu ketika sidang media bersama Agus untuk menjelaskan mengenai kandungan video tersebut.
Video itu memaparkan dua lelaki terlibat dalam perbualan lucah, tetapi Wahab semasa sidang media tersebut mendakwa bahawa video asal yang dirakamnya tidak mempunyai audio.
Pada sidang media itu, Wahab mendakwa dia dijadikan kambing hitam bagi memerangkap bekas orang atasannya itu untuk tujuan tertentu.
Walau bagaimanapun, minggu lalu, Wahab hadir bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dan membuat laporan polis. Katanya, tindakan itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.
Susulan itu, Razarudin dilapor mengesahkan polis telah membuka siasatan berasingan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana keterlaluan dan Seksyen 377D bagi kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh. Mk
Keputusan tangkapan bergantung kepada bukti – IGP
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)