Barua Bersatu lagi berat, Puad bidas Isham

Barua Bersatu lagi berat, Puad bidas Isham

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi menjelaskan Umno bersama dalam kerajaan perpaduan atas dasar tanggungjawab selepas dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Adun Rengit itu menegaskan, Umno masih berjuang bersama parti komponen lain bawah panji Barisan Nasional (BN), dan tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) dianggotai PKR, DAP dan Amanah walaupun bersama mentadbir Putrajaya.



“Umno bertanding PRU15 secara solo. Umno hilang banyak kerusi. Selepas PRU15 Umno sertai kerajaan perpaduan. Itu keputusan MKT.

“Apakah itu barua DAP?,” soal Puad kepada rakan sejawatnya, Isham Jalil yang menggelar segelintir individu dalam parti itu sebagai “barua DAP” susulan kekalahan besar Umno pada PRK Kemaman.

“Kepada anasir-anasir yang dah jadi tali barut parti lain, nak jadi barua memecahkan orang Melayu, itu yang kita kena tentang habis-habisan,” kata Isham menerusi video dimuat naik di Facebooknya.

Kenyataan Isham itu menyusul selepas Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno akan berkubur pada PRU16 jika terus bekerjasama dengan DAP, sementara Muhyiddin pada Ahad berkata kekalahan BN pada PRK Kemaman memberi amaran kepada Umno supaya menilai semula kerjasama dengan PH.



Puad kemudian mendakwa Isham yang berterusan menyerang kerjasama Umno dan PH khususnya DAP “sebagai tali barut Bersatu”.

“Mereka termasuk Tun M dan Muhyiddin (Yassin) desak Umno keluar dari kerajaan perpaduan. Barua Bersatu lagi berat. Bunuh Umno,” kata Puad.

Bercakap kepada FMT, Ahli MKT Umno, Razlan Rafii, semalam mendedahkan Isham beberapa kali tidak menghadiri mesyuarat pimpinan parti dan didakwa mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan daripada Bersatu. FMT

Barua Bersatu lagi berat, Puad bidas Isham



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker