Alif Aziz hilang mood

Alif Aziz hilang mood

Penyanyi, Alif Aziz, 32, mengakui, kesibukan kerja yang dilaluinya kebelakangan ini termasuk menyertai program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini menyukarkannya untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Alif berkata, keadaan itu juga membuatkan dirinya mudah hilang ‘mood’ berikutan terlalu kepenatan dan kehilangan banyak energi demi kerja.



“Mungkin sudah sampai masanya untuk saya ambil sedikit waktu yang ada sekarang untuk berehat pula. Terlalu sibuk bekerja termasuk berjuang dalam program ASGV baru-baru ini, semua itu satu tempoh yang sangat memenatkan.

“Malah saya akui, kadangkala mood dengan keluarga pun jadi hilang, tak dapat berikan tumpuan penuh. Tetapi saya faham, ini semua sebahagian daripada perjalanan kerjaya dan nak berjaya itu tidak mudah,”katanya.

Selain itu, kata Alif, dia merancang untuk bercuti bersama keluarga bagi ‘mengganti’ semula masa yang telah diambil untuk melunaskan tanggungjawab kerja sebelum ini.

“Tak adalah merancang apa sangat, cuma nak pastikan diri ini dapat pulih dari aspek kesihatan dengan rehat secukupnya. Mungkin akan bercuti bersama keluarga.



“Saya rancang nak jenguk ibu bapa saya di Singapura, tambahan pula, mereka pun sudah kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah umrah di Mekah tempoh hari.

“Insya-Allah, saya yakin lepas dapat rehat secukupnya, saya akan kembali dengan lebih bertenaga. Lagipun tak lama lagi saya juga akan muncul dengan sebuah single baharu.

“Pada masa yang sama, saya juga sedang meneliti tawaran lakonan yang kini sedang dirisik-risik oleh beberapa produksi,”katanya.

Dalam pada itu, kata penyanyi yang juga suami kepada pelakon, Bella Astillah ini, dia yakin masih ada rezeki buatnya dalam bidang seni meskipun tidak mampu meneruskan perjuangan untuk menjulang gelaran juara di pentas ASGV.



“Saya tak pernah meletakkan bahawa sekiranya perjuangan di pentas ASGV berakhir maka ia juga menjadi titik nokhtah buat perjalanan seni saya. Itu tidak benar. HM

Alif Aziz hilang mood

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker