Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
“Buat tanjak ni, bukan sekadar melilit kerana ia mempunyai cara ikatan tersendiri. Kalau betul-betul hendak belajar, kena beguru,”.
Itu pesan pembuat tanjak, Zainora Suradi. Beliau mengakui biarpun aksesori kepala lelaki Melayu itu tampak mudah dibuat, tetapi ia tidaklah semudah disangka. Ada teknik lipatan dan jahitan tersendiri.
Zainora menceburkan diri dalam seni warisan membuat tanjak pada 2018. Beliau mampu menguasi seni pembuatan aksesori kehormatan bangsa Melayu itu dengan pantas lantaran fokus dan minat.
“Merata-rata tempat saya pergi untuk belajar seperti mengikuti kelas di Istana Budaya termasuk di Teluk Intan, Perak. Setiap negeri juga berbeza lilitan tanjaknya,” katanya.
Ujarnya, proses melipat tanjak tidak mengambil masa terlalu lama sekiranya mengikut tertib. Namun ia boleh jadi rumit sekiranya mempunyai keinginan untuk menghasilkan keunikan tertentu.
“Kalau fokus dan tahu apa yang kita akan buat, ia hanya mengambil masa dalam tiga minit sahaja. Selalunya dalam sejam, saya dapat menghasilkan 20 tengkolok.
“Proses melipat tengkolok ini juga ada petuanya. Saya sendiri akan mengambil wuduk terlebih dahulu, menghadap kiblat dan berselawat. Apabila hati bersih, barulah kita dapat hasilkan seni warisan ini dengan mudah,” kongsinya.
Selain tanjak, Zainora melebarkan perniagaan dengan membuat baju tradisional Melayu lain seperti tengkolok dan busana tradisional di premis perniagaannya Busana Abata di Cheras, yang dibangunkan bersama suami.
Operasi perniagaan yang bermula di rumah itu kini kian berkembang dengan dibantu oleh tiga pekerja.
Busana Abata turut menawarkan suri rumah, asnaf atau wanita yang mahu mencari sumber pendapatan sampingan dengan menjahit busana dan perhiasan Melayu yang ditempah pelanggan.
“Alhamdulillah, hari ini, permintaan terhadap baju Melayu, baju uniform kanak-kanak, baju berhias dan tanjak semakin bertambah.
“Saya pernah buka reruai di sebuah pasar raya, tiba-tiba datang persatuan motosikal dan kereta yang membuat berpuluh-puluh tempahan tanjak. Selain itu, ada juga tempahan daripada pihak sekolah dan individu,” katanya yang mahir menghasilkan Tanjak Kerisi.
SAKIT, HILANG KERJA
Mengenai pembabitan dalam pembuatan tanjak, Zainora berkata, segala-galanya bermula selepas ayah dan ibu serta suaminya berdepan dengan masalah kesihatan.
Disebabkan keadaan kesihatan ibu dan bapanya tidak mengizinkan, wanita asal Muar, Johor Bahru ini nekad berhenti kerja sebagai pegawai bank yang dilaluinya selama 18 tahun.
“Saya yakin rezeki Allah. Hendak dijadikan cerita, masa itu ayah jatuh sakit, kemudian ibu pula sampai terpaksa potong kaki.
“Saya cakap dengan doktor jangan potong sebab saya sanggup jaga mereka. Saya yakin mereka adalah keramat hidup saya dan sentiasa percaya rezeki akan bertambah lebih berkat dengan menjaga mereka,” katanya mengimbau kenangan.
Keputusan Zainora berhenti kerja pada 2014 diuji sekali lagi apabila suaminya, Aedrinol Ahmad ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan patah tulang bahu.
“Sejak itu saya cadangkan pada suami supaya menjual tanjak. Mula-mula, kami buat di rumah sahaja. Saya jahit tanjak, suami buat promosi di media sosial.
“Tanpa disangka-sangka, permintaan tanjak melonjak. Saya kira promosi kami memang tepat pada masanya sebab kami perkenalkan ketika sambutan Hari Merdeka. Ketika itu, tengah trend Malaysia Bertanjak,” kongsinya.
Begitupun, Zainora sebenarnya memang ada ilmu asas menjahit sejak zaman remaja yang dipelajari selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Waktu itu saya hanya mengikuti kelas kemahiran di Kolej Komuniti di Muar, pada 1996, sehingga boleh menjahit busana Melayu tradisional.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah menghasilkan tanjak sepanjang bergelar tukang jahit. Sebab itulah saya sanggup berguru dan mengikut kelas mempelajari seni warisan zaman-berzaman ini bagi mengasah kemahiran,” katanya. Utusan
Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
Baca Artikel Menarik:
- Betulkah PAS tepu tanpa PN?
- Pecat pekerja pakai salib, restoran Cina Muslim dikecam warganet
- IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
- Uqasha nampak macam hamil
- Sudahlah Shakilla, Fizi Ali, dah naik meluat
- PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh
- Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10
- Ben Shapiro the Zionist accuses Jesus as gangster
- Peguam Syarie dedah suami hanya beri nafkah RM2 sehari upah isteri buat kerja rumah
- Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah
- Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X
- Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’
- TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya
- Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan
- Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET