Buaya di Sarawak semakin banyak

Buaya di Sarawak semakin banyak

KUCHING – Kerajaan Sarawak mempertimbang melakukan pemerdagangan buaya sebagai langkah mengurangkan populasi buaya yang terus meningkat dan semakin membimbangkan di negeri ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui inisiatif itu, ia dapat mengalakkan lebih ramai orang terlibat dalam aktiviti penakaian buaya di negeri ini.

“Kita ingin melakukannya (perdagangan buaya)… inilah sebabnya kita ingin menggalakkan orang ramai mengambil bahagian (penakaian buaya) untuk terlibat dalam perdagangan.

“Namun ia masih memerlukan permit dan oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan tangkap sembarangan (buaya) kerana kita masih mengawal penakaian buaya ini,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurutnya, walaupun lesen penakaian buaya telah dikeluarkan, namun aktiviti itu masih tidak aktif disebabkan dilema dengan pantang larang khususnya melibatkan komuniti Melayu dan Dayak.

Katanya, setakat ini Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah mengeluarkan sebanyak 173 permit penakaian buaya namun bancian yang dibuat ke atas populasi buaya mendapati jumlahnya semakin meningkat daripada 13,500 pada 2014 kepada 24,000 pada tahun ini.

Sehubungan itu, Len berkata kementeriannya bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.

Sementara itu, Len berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara masa nyata yang dibangunkan SFC dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka akan dilancarkan tahun depan. K Online

Buaya di Sarawak semakin banyak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker