Houthi rampas kapal Israel
Houthi rampas kapal Israel
SANAA: Pemberontak Houthi Yaman mendakwa berjaya merampas sebuah kapal kargo milik Israel yang melalui selatan Laut Merah.
Susulan kejadian itu, Israel menyifatkan insiden terbabit sebagai ‘tindakan keganasan oleh Iran’ yang mengancam keselamatan maritim antarabangsa.
Jurucakap Houthi, Yahya Saree yang mengakui kejadian itu berkata, pihaknya melayani semua anak kapal mengikut prinsip dan nilai Islam.
“Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman menjalankan operasi ketenteraan di Laut Merah dan hasilnya melakukan rampasan sebuah kapal Israel dan kemudian membawanya ke pantai Yaman.
“Sekurang-kurangnya 22 individu menaiki kapal dikenali sebagai Galaxy Leader yang sebahagiannya dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Israel dan ia dalam perjalanan dari Turkiye ke India.
“Pihak kami menerima pengesahan daripada pegawai Houthi bahawa mereka merampas kapal itu. Mereka pada Ahad mengumumkan permulaan operasi untuk menyerang kapal-kapal mempunyai bendera Israel dan memberi amaran kepada pelayar antarabangsa supaya tidak bekerja untuk syarikat dari negara itu,” katanya.
Saree turut memberi amaran mana-mana kapal milik Israel atau mereka yang menyokongnya akan menjadi sasaran pasukan Houthi.
“Kami mengesahkan operasi ketenteraan terhadap Israel akan berterusan sehingga pencerobohan dan jenayah terhadap saudara kami di Gaza dan Tebing Barat berhenti,” katanya.
Houthi yang disokong oleh Tehran, melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sejak serangan terbaharu ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan lebih 12,300 rakyat Palestin, termasuk 5,000 kanak-kanak. BH
Houthi rampas kapal Israel
Baca Artikel Menarik:
- Betulkah PAS tepu tanpa PN?
- Pecat pekerja pakai salib, restoran Cina Muslim dikecam warganet
- IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
- Uqasha nampak macam hamil
- Sudahlah Shakilla, Fizi Ali, dah naik meluat
- PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh
- Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10
- Ben Shapiro the Zionist accuses Jesus as gangster
- Peguam Syarie dedah suami hanya beri nafkah RM2 sehari upah isteri buat kerja rumah
- Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah
- Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X
- Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’
- TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya
- Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan
- Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu
You must be logged in to post a comment.