Bekas komando lemas di tasik dalam kawasan rizab hutan simpan Sungai Udang
ALOR GAJAH – Seorang bekas komando ditemui lemas dalam tasik di kawasan rizab hutan simpan di belakang Taman Indah, Sungai Udang, di sini semalam.
Mayat mangsa berusia 42 tahun itu dijumpai pada pukul 5.30 petang oleh dua remaja berusia 14 tahun yang datang ke lokasi berkenaan untuk memancing.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, remaja itu kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada bapa mereka sebelum membuat laporan polis
“Balai Polis Masjid Tanah menerima panggilan pada pukul 6.30 petang daripada orang awam yang memaklumkan berkenaan penemuan mayat dalam tasik di Taman Indah.
“Pemeriksaan mendapati si mati merupakan bekas komando Kem Sungai Udang yang telah diberhentikan kerja,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Jelasnya, si mati baru sebulan bercerai dan kali terakhir bekas isterinya berhubung dengan lelaki itu melalui panggilan telefon pada pukul 9 pagi kelmarin.
“Menurut isterinya, si mati tidak mempunyai sebarang penyakit dan bekerja sebagai penjaga ternakan di kandang kambing bersebelahan tasik tersebut.
“Usaha menaikkan mayat ke daratan dilakukan pasukan bomba dengan kekuatan sembilan anggota,” ujarnya.
Bedah siasat di Hospital Alor Gajah mendapati punca kematian lelaki itu akibat lemas. Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us
You must be logged in to post a comment.