White House kecam konspirasi antisemitik Elon Musk di X

White House kecam konspirasi antisemitik Elon Musk di X

Rumah Putih mengecam sokongan Elon Musk terhadap teori konspirasi antisemitik, permusuhan terhadap Yahudi yang disifatkan mengerikan melalui aplikasi X.

Tindakan Musk itu turut menyebabkan syarikat utama Amerika Syarikat (AS) termasuk Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan syarikat induk NBCUniversal, Comcast menghentikan iklan mereka di laman media sosial itu.



Jurucakap Rumah Putih, Andrew Bates, mendakwa Musk mempromosikan kebencian antisemitik dan perkauman yang bertentangan dengan nilai teras rakyat Amerika.

“Penipuan mengerikan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apatah lagi ia berlaku selepas lebih sebulan peristiwa dahsyat bagi orang Yahudi sejak Holocaust,” katanya yang merujuk kepada serangan 7 Oktober di Israel-Palestin.

Holocoust ialah pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh Nazi pada Perang Dunia Kedua.

Rabu lalu, Musk bersetuju dengan muat naik di X yang secara palsu mendakwa Yahudi mencetuskan kebencian terhadap orang kulit putih.



Teori konspirasi itu mendakwa orang Yahudi dan puak berhaluan kiri sedang merangka budaya penggantian etnik dan populasi kulit putih dengan pendatang bukan kulit putih yang akan membawa kepada pembunuhan beramai-ramai golongan itu.

Sementara itu, syarikat Lions Gate Entertainment dan Paramount Global, semalam, turut menggantung sementara iklan mereka di X.

Laporan Axios turut menyatakan syarikat terbesar di dunia mengikut nilai pasaran iaitu Apple turut mengambil pendekatan menghentikan sementara iklannya.

Menurut kumpulan hak asasi sivil, beberapa pengiklan bertindak meninggalkan X yang dahulunya dipanggil Twitter, sejak Musk membelinya pada Oktober 2022.



X mengambil tindakan mengubah peraturan kandungan, sekali gus mengakibatkan peningkatan mendadak dalam ucapan kebencian di platform itu.

Sementara itu, wakil Musk dan X, semalam, sekali lagi enggan mengulas mengenai perkara terbabit.

“Banyak pengiklan gergasi adalah penindas terbesar hak anda bagi kebebasan bersuara,” Musk menulis di X, semalam, sambil mempromosikan peringkat utama platform yang mengalih keluar iklan daripada suapan pengguna.

Khamis lalu, Ketua Pegawai Eksekutif X, Linda Yaccarino, berkata tiada tempat untuk sebarang unsur antisemitisme dan diskriminasi di X.



Antisemitisme dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja di AS malah seluruh dunia.

Susulan meletusnya perang antara Israel dan Palestin, bulan lalu, insiden antisemitik di AS dilaporkan meningkat hampir 400 peratus daripada tahun sebelumnya. – REUTERS

White House kecam konspirasi antisemitik Elon Musk di X

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker