Gaza dulu cantik macam Hawaii

Gaza dulu cantik macam Hawaii

Keindahan dan kecantikan bandar Gaza sebelum peperangan bermula diibaratkan Nurul Ain Haron seperti pulau Hawaii setibanya dia di sana pada 1 Oktober lalu.

Nurul Ain Haron, 37, berkata, ketika tiba di Gaza, dia seakan tidak percaya bandar tersebut suatu masa dahulu pernah hancur berdepan dengan peperangan kerana keindahannya yang sungguh menakjubkan.



Ujarnya, mengikut perancangan dia dan suami, Mohamed A.M. Shaat, 33, sepatutnya pulang ke kampung di Gaza pada bulan November atau Disember.

“Tetapi Tuhan dah aturkan, suami dapat cuti pada bulan Oktober. Masa saya sampai sahaja di Gaza, kami disambut dengan meriah, mentua saya, pakcik, makcik, ibarat kami ni pengantin baharu.

“Hari seterusnya, kami ke Bandar Gaza, masya-Allah satu bandar yang sangat cantik. Saya tanya suami, ‘dulu Gaza tak macam ni ke’. Sebab saya rasa saya berada di Hawaii.

“Ada restoran mewah, jalan tepi pantai, ada hotel mewah, masya-Allah sangat cantik,” katanya dalam satu program temubual televisyen tempatan, hari ini.



Katanya, bila tercetusnya perang pada 7 Oktober lalu, dia dan suami tidak menyangka peperangan akan terjadi pada tempoh masa yang lama dan mengakibatkan kematian yang begitu ramai.

“Pada 7 Otober lalu, bila tercetusnya perang saya cakap dekat suami, nak balik ke atau tidak. Saya takkan kembali ke Malaysia tanpa dia. Mungkin perang-perang sebelum ni ambil tiga hari, ada yang sampai 10 hari.

“Masa tahun 2014 pun hanya 51 hari, tapi masa tu tak cecah syahid 10,000 orang. Tapi perang kali ini belum sampai sebulan dah cecah syahid 10,000 orang,” katanya.



Sementara itu, Nurul Ain berkata, tujuan dia dan suami pulang ke Malaysia adalah untuk mencari cara lain untuk memberi bantuan kepada rakyat di Palestin yang lebih memerlukan.

Jelasnya, ketika berada di Palestin, dia dan suami seakan ‘mati kutu’ kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghulurkan bantuan kerana terputus stok makanan dan sebagainya.

“Pada awalnya, memang tak nak tinggalkan Gaza, sebab kita pun ada keluarga dan kita juga ada salurkan bantuan. Tetapi makin hari, keadaan makin getir, stok makanan habis. Kita nak bantu pun amat sukar.

“Suami saya kata kalau kita terus menetap disini kita tak dapat buat apa-apa. Kita takkan dapat nak bantu sebab keadaan kita susah.



“Keberadaan kami kat sana pun lagi bertambah susah, jadi kita keluar cari cara untuk bantu rakyat dekat sana,” katanya.

Nurul Ain dan suaminya mula menjadi bualan ramai apabila dia sering memuat naik video dan berkongsi suasana di Gaza selepas mereka tidak sempat meninggalkan kawasan bergolak tersebut.

Terdahulu, Nurul Ain dan suami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Qatar 4993, 8.55 malam Rabu lalu.

Difahamkan, Nurul Ain dan suaminya bergerak dari Rafah ke Kaherah, Mesir menggunakan jalan darat yang mengambil masa selama 10 jam.



Mereka dikatakan menaiki pesawat dari Kaherah ke Malaysia dengan transit di Oman selama tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. K Online

Gaza dulu cantik macam Hawaii

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker