Wanita maut disengat tebuan di Bukit Gambir
GEORGETOWN: Seorang wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini.
“Proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Terdahulu tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 saat beberapa individu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang terbaring dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?
You must be logged in to post a comment.