Menara tertinggi bakal dibina berhampiran KLCC?

Menara tertinggi bakal dibina berhampiran KLCC?

Adakah Malaysia akan mempunyai satu lagi bangunan pencakar langit yang baharu? Persoalan ini yang kini dipertanyakan oleh netizen di media sosial selepas salah satu akaun di media X menyatakan bahawa sebuah pelan bangunan pencakar langit baharu diperlihatkan kepada umum dalam satu majlis tertutup.

Dalam sebuah muat naik terbaharu yang dibuat oleh @Skyscrapers MY di laman media sosial X, akaun terbabit menyatakan bahawa sebuah menara tinggi telah diperkenalkan di dalam satu persidangan antarabangsa anjuran KLCC Holdings bulan lepas.



Di dalam ciapan yang dibuat 14 Nov lalu itu kelihatan sebuah slaid pembentangan dengan tulisan The Unknown di sebelah kiri. Difahamkan bahawa menara tersebut bakal lebih tinggi daripada Merdeka 118 yang kini sedang berada di fasa akhir pembinaan.

Malaysia akan menerima bangunan tertinggi baharu?

Sebuah pencakar langit baharu telah diperlihatkan di dalam persidangan antarabangsa anjuran KLCC Holdings pada bulan lepas.

Menara itu kelihatan mencapai 700m, iaitu lebih tinggi dari Merdeka 118 (679m). Adakah ia bakal dibina? pic.twitter.com/Qq2sGMFdKP
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) November 14, 2023



“Menara di dalam ‘slide’ pembentangan tersebut mirip Tower M, iaitu pencakar langit 145 tingkat yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.

“Foto ilustrasi Tower M ini pernah disiarkan di laman web firma arkiteknya (kemudian dipadamkan selepas fotonya tular):

“Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi terkini dari pemaju berkenaan projek tersebut.

“Cuma setakat ini, cerucuk asasnya telah pun ditanam sejauh 150m ke dalam tanah, iaitu lebih dalam dari cerucuk asas Burj Khalifa,” katanya.



Menurut @Skyscrapers MY juga, difahamkan bahawa ruang pejabat di menara KLCC kini telah dihuni 100%. Jadi tidak terkejut jika KLCC Holding melihat ini salah satu alasan mereka untuk membina menara baharu. Vc

Menara tertinggi bakal dibina berhampiran KLCC?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker