MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar

MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar

Bekas ahli parlimen Kangar dari PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada pesuruhjaya PAS Perlis merangkap menteri besar kerana tegas menolak pemimpin Bersatu negeri itu yang mahu menjadi exco.

Menurut Amin Ahmad, tindakan Mohd Shukri Ramli enggan melayan Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah itu membantu orang ramai memahami suasana politik di negara ini secara keseluruhan.

Kata Amin lagi dengan penolakan tersebut, kini orang ramai dapa melihat bahawa Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, hanyalah boneka dan pandangannya “tidak laku” lagi.

“Ia (penolakan terhadap Abu Bakar) satu tindakan yang membantu menunjukkan kepada umum bahawa Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi PN dan Presiden Bersatu hanyalah ketua boneka yang suratnya tidak laku pun setakat ini bagi mengangkat Pengerusi Bersatu Perlis menjadi exco dan terpaksa tunduk dengan kehendak PAS.

Petang tadi Abu Bakar meluahkan rasa berangnya apabila nama dia sekali lagi tidak terpilih untuk menganggotai kerajaan negeri di bawah pimpinan Mohd Shukri.

Abu Bakar yang juga Adun Kuala Perlis mendakwa Mohd Shukri tidak berbincang terlebih dulu dengan pihaknya sebelum membuat pelantikan exco.

Dia juga mendakwa mendapat restu daripada Muhyiddin selalu pemimpin tertinggi PN untuk dilantik sebagai exco.

“Saya rasa ini tidak harus berlaku kerana melanggar arahan presiden Bersatu (Muhyiddin) supaya perkara ini (pelantikan exco) dapat dibincangkan,” katanya yang dipetik Utusan Online

MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker