Israel jadikan Hospital Al-Shifa pusat tahanan

Israel jadikan Hospital Al-Shifa pusat tahanan

GAZA: Serbuan ke atas Hospital Al-Shifa di Gaza City menyaksikan Isreal menukar kompleks perubatan itu menjadi berek tentera dan pusat tahanan, yang mana pesakit, orang yang dipindahkan dan kakitangan penjagaan kesihatan tertakluk kepada pelbagai bentuk penderaan.

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med dalam kenyataan semalam melahirkan kebimbangan terhadap pembunuhan dan hukuman mati kerana pasukannya mendokumenkan tembakan di hospital sejak minit awal serbuan.



Mereka turut menegaskan kompleks Al-Shifa tidak menyaksikan sebarang tembakan selain daripada tentera Israel.

Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu menekankan tentera Israel adalah satu-satunya pihak yang mengawal tempat kejadian di dalam kompleks perubatan Al-Shifa.

Tiada pihak ketiga atau organisasi antarabangsa dibenarkan untuk hadir dalam hospital, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai naratif Israel yang akan dikeluarkan kemudian.

Euro-Med menegaskan dakwaan Israel mengenai penggunaan kompleks perubatan Al-Shifa untuk tujuan ketenteraan tidak memerlukan masa lanjutan untuk mencari dan melakukan serbuan.



Oleh itu, terdapat kebimbangan tentera mungkin mencipta naratif untuk memburukkan keadaan.

Tentera Israel sengaja memperbesar-besarkan matlamat menyerbu kompleks Al-Shifa sejak beberapa hari lalu, menggambarkannya sebagai pencapaian ketenteraan.

Euro-Med menggesa tentera Israel berundur dari Kompleks Al-Shifa dengan segera, dan memenuhi kewajipan di bawah undang-undang konflik bersenjata yang memerlukan pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata memastikan perlindungan bantuan dan kakitangan kesihatan dan perubatan kemudahan selain tidak menyekat kerja mereka dalam apa jua cara. BH

Israel jadikan Hospital Al-Shifa pusat tahanan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker